Tuesday, March 16, 2010

VISIT PENANG

Percutian kami ke Pulau Pinang bermula pada 26 Februari 2010. Seramai 11 orang dari 4 keluarga menaiki 2 kereta yang dipandu cermat oleh Pak Supir Armi dan Pak Supir Sya. :)

Disebabkan ke dua-dua kenderaan memulakan perjalanan dari arah yang berlainan, maka kami telah bersetuju untuk berjumpa di R&R Rawang pada pukul 10 pagi. Bolehlah kami mengisi perut sebelum sampai ke destinasi yang sebenar. Sesampainya kami di sana, kelihatan sungguh ramai manusia membuatkan kami terpaksa beratur dan menuggu lama untuk duduk. Mujurlah ada taman permainan mini berdekatan, maka, anak-anak pun apa lagi?? :)


Anak-anak kami: Oman, Awish dan...


Uzair.

Perjalanan kami mengambil masa lebih kurang 4 jam untuk sampai ke Pulau Pinang dari Rawang. Tempat pertama kami tujui ialah Nasi Kandar Garisan Jelas (Line Clear lah ni) memandangkan perut kami semua sudah pun berkeroncong. Seperti yang dijangkakan, dari jauh sudah kelihatan ramai sungguh manusia beratur kelaparan di sana. Kaum suami menyatakan kesanggupan untuk beratur lama dan kaum isteri membawa anak-anak mencari ruang untuk duduk dan makan.



Nasi kandar berlaukkan ayam goreng, sotong gulai, sayur bendi dan kuah campur sungguh enak sehinggakan En.Fatasya yang pemakan kecil (small eater) seperti yang diberitahu isterinya, May, pun menambah nasi sebanyak 2 kali. Apetah lagi En. Prima, En. Armi dan En.Azmi. :p Ditambah pula dengan keenakan cendol lemak dan sejuk, panas terik matahari tidaklah terasa sangat. :)

Setelah kekenyangan, kami semua sempat singgah di butik sutera yang saya sangat gemari setiap kali ke Pulau Pinang, dah saya telah berjaya memujuk semua para isteri kecuali Puan Shu untuk membeli selendang 2 helai seorang. (Shu belum bersedia memakai selendang). Hihi.

Seterusnya, kami pun bertolak ke tempat penginapan kami di Batu Ferringhi, iaitu Seri Sayang. Kami telah menempah awal 2 bilik yang setiapnya dilengkapi dengan kemudahan 2 bilik tidur, 2 bilik air, tv, penghawa dingin, katil bayi, dapur untuk memudahkan kami yang mempunyai anak-anak kecil ini.

Jam menunjukkan pukul 5.30 petang. Para bapa sudah tidak sabar ingin merendamkan anak-anak lelaki mereka di dalam kolam renang. Para ibu juga tidak mahu ketinggalan walaupun Puan Farihan akhirnya tertinggal juga disebabkan tertidur keletihan. hehe.

Gelagat Oman dan Uzair. Awish tiada pula di dalam gambar.

Lelaki kecil saya, Oman, sungguh teruja mandi di dalam kolam renang. Tidak menggigil pulak tu. Ish Ish. Nak pujuk Oman supaya keluar dari kolam punyalah susah. Sampai ke bilik dia masih mengamuk mahu ke kolam renang semula. Ish Ish.

Selepas Maghrib, semua para ibu dan anak-anak kepengsanan. Para bapa masih bertenaga. Masing-masing berkumpul dan bercerita kisah-kisah lama. Agak-agak sudah sejam lebih berehat, kami semua bertolak ke Pasar Malam Batu Ferringhi. Manalah tahu ada yang menarik. Kami sempat juga menikmati sotong goreng tepung dari gerai penjaja di situ. Sedap sekali.

Destinasi makan malam diteruskan dengan menikmati nasi kandar beratur di Jalan Masjid Kapitan Keling. Setelah En. Armi membawa kami pusing jalan yang sama beberapa kali (sesat :p) ia membuatkan kami kelaparan, di tambah dengan kepenatan yang masih terasa, maka sessi makan tengah malam menjadi senyap sunyi. Yang kedengaran hanyalah bunyi sendawa kenyang. Hehe. Setelah itu, kami semua pulang ke tempat penginapan dan terus tidur.

27 Februari 2010. Aktiviti makan teruskan dengan bersarapan di Jalan Pertukaran (Transfer Road). Kami menikmati roti canai sedap, kuah kari daging, kari ayam, dan yang menarik di sini ialah telur separuh masak yang diletakkan di atas roti bakar. Kami makan puas-puas. Hehe.


Kami. Encik Armi sedang mengambil gambar.



Destinasi seterusnya ialah lawatan ke Kota Cornwallis. Ia adalah sebuah kota lama berbentuk bintang 5 bucu yang terletak ditimur laut Pulau Pinang. Ia didirikan pada tahun 1786, dan dinamakan sempena Gabenor Jeneral India masa itu - Charles Cornwallis. Ia dibina di Padang Kota Lama, Georgetown,Pulau Pinang oleh Kapten Francis Light (sebijik ayat wiki). Aktiviti kami di sini ialah mengambil gambar bermacam-macam gaya dan aksi .



Kami bergambar dengan Francis Light. Dari kiri: Saya dan Oman, En.Fatasya dan Awish, Puan May, En.Prima, Puan Farihan, Puan Shu dan Uzair. Tiada di dalam gambar: En.Armi & En.Azmi. Mereka ialah jurufoto kami. :)


Keluarga No. 1: En.Prima & Puan Farihan. Mereka masih berdua. Berbulan madu. Peewit! :)


Keluarga No.2: En.Fatasya, Puan May dan anak mereka, Mohd Farrel Dazeman atau Awish. :)


Keluarga No.3: Puan Shu dan anak beliau, Aisy Nur Uzair. Bapa Uzair iaitu EnAzmi sibuk mengambil gambar sehingga tiada gambar beliau.


Keluarga No.4: Keluarga saya. Saya dan lelaki kecil, Roman Anaqhi. Bapa Oman juga tiada di dalam gambar kerana sibuk dengan kameranya.


Aksi-aksi kami.


Kami semua.

Di sebelah petangnya, saya, suami & anak, May, Sya & Awish dan Prima menikmati suasa di tepi laut yang terletak betul-betul di tepi Hotel Rasa Sayang. Puan Farihan sekali lagi gagal menghadirkan diri kerana tidur :p, En. Azmi dan Puan Syu juga tidak dapat bersama-sama kerana putera mereka, Uzair, juga tidur.

Untuk pengetahuan semua, Seri Sayang memang berhadapan dengan Hotel Rasa Sayang. Setibanya kami di sana, Kelihatan ramai manusia sedang bergembira. Ada yang mandi-manda, ada yang menaiki kuda, ada yang bermain 'para-sail' (ape ek dalam bahasa?), yang tidak buat apa-apa pun ada.

Lelaki kecil, Oman pada mulanya takut dengan deruan Ombak menghempas pantai. Tetapi setelah beberapa ketika, keberaniannya mengalahkan ibu dan bapanya. Malah Oman memanggil-manggil ombak lagi supaya datang kepadanya. Ish Ish. Awish pula masih takut dengan ombak laut. Awish menangis sedih tatkala ibu dan bapanya cuba menjejakkan kakinya ke pepasir lautan.


Awish berasa takut dan sedih. Tetap comel! :)


Saya dan Oman bermain-main air.


Hep Hep Hore!

Pada malam itu, kami kembali ke Batu Ferringi untuk menikmati makanan laut dan ikan bakar. Alamak! tiada pula gambar untuk tatapan semua. Jurufoto kepenatan agaknya kerana asyik mengambil gambar kami.

Selepas kekenyangan, kami ke Batu Keras Kafe (Hard Rock Cafe) untuk meninjau-ninjau apa yang menarik di sana. Saya dan Puan Syu tidak dapat melakukan aktiviti ini kerana Oman dan Uzair telah pun tidur sewaktu dalam perjalanan. Maka kami hanya duduk di dalam kereta mendengar radio. Sekembali mereka tidak lama kemudian tidak dengan tangan kosong. Tak disangka En.Armi membelikan saya dan Oman sehelai T-shirt. Saya sangat gembira.

Hari sudah larut malam. Para ibu dan anak-anak semuanya sudah masuk ke bilik masing-masing tetapi tidak diikuti para bapa. Mereka bermain 'cho-tai-ti' sehingga 5 pagi. Tidak mengapalag asalkan bahagia. Hihi. Akan tetapi, kesian suami saya kerana jari telunjuknya digigit tebuat sesat sewaktu bermain permainan itu. Mujurlah tidak apa-apa.

28 Februari 2010. Hari terakhir kami di Pulau Pinang. Kami bersarapan pagi di kedai roti canai Jalan Argyll. Dahulunya, kedai ini cuma di bawah pokok. Sekarang sudah maju, kedai ini sudah pun berpindah di kawasan rumah kedai tidak jauh dari tempat lama. Roti canai di sini memang sedap sangat di makan dengan kari ayam, daging dan kambing. Para suami makan 4 keping seorang :p

Selepas itu kami pulang ke hotel untuk berkemas-kemas untuk pulang. Kami sempat singgah ke pasar Chow Rasta untuk membeli buah tangan kepada keluarga dan sesiapa yang mengirim pesanan. Kami bertolak keluar dari pulau dengan menaiki Feri. Seronok tau.



Sebagai penutup aktiviti makan-makan kami, kami sempat singgah untuk makan tengahari di Restoran Mee Udang Sungai Dua untuk menikmati mee udang dan nasi goreng udang. Makanan di sini sangat sedap. Hihi. Percutian kami kali ini memang tujuannya untuk makan.

Dengan ini, sekian sahaja karangan dari saya. Saya berharap akan dapat berkunjung ke Pulau Pinang di masa akan datang.

(Kesemua gambar-gambar adalah ehsan dari jurufoto En. Armi dan En. Azmi. Sekalung perhargaan untuk anda berdua) :)


En. Azmi dan isterinya.


En. Armi dan isterinya



(1,215 patah perkataan)

p/s: Jenuh tau buat karangan Bahasa ni. Teringat zaman SPM dulu. :D



21 comments:

  1. Wow..

    bm skema is so your cup of tea..
    hahahahaha

    i sgt jeles dgn keindahan bahasa malaysia u..
    baru i tau hip2 horeey dlm bm ialah hep hep hoorey..haha

    btw...like always...gamba2 u never failed to wow me! i loike!

    ReplyDelete
  2. hahaha... cam baca laporan masa sekolah... disediakan oleh setiausaha Persatuan Berjalan Jalan...

    ReplyDelete
  3. UUU.. NO NO NO.. bukan tea ok. Nescafe 3 in 1! :)

    U janganlah jeles dengan kebolehan i ni. Itu belum i letak pantun atau syair pujangga bagai. Mr H pun kalah tau! :P

    p/s: i x tau dah nak letak apa untuk ganti hip2 hoorey! :p

    **************

    Kekekekekeke... sekali sekala Fidza buat karangan. Habis lintang pukang. hahaha

    ReplyDelete
  4. perghhh...karangan berhelai2 ni kalau pakai paper SPM tu...muahaha...

    this entry makes me miss My Penang a lotttt! and good choice of makan2 place. pandai cari tmpt2 sedap :). and the roti canai at both place are my favourite!

    ReplyDelete
  5. 1st of all..sekalung tahniah atas karangan yg sgt best..sure BM A1 dulu nih kan..*u make my day..I gelak2 tau!!
    then..I wished sgt nk jalan2 g penang,last time pergi time belajo2,ngan hubby tak pernah lagik,sb tkbiasa g so tak tahu ape yg best kt sane..nanti kalau tiba2 nk g sane..I'm surely call u mintak panduan :)..hard rock hotel kat sane best tak??
    then..dear I selalu bc entry u ckp ada kedai best kt penang jual selendang..*kalau I tahu kn,kirim sehelai dua tau!!
    n Mai pun cute in selendang..
    last but not least..such a great visit,pictures pun nice..w/pun en armi selalunye not in picture..

    ..nice entry dear..

    *rasa mcm kak ogy plak bg komen dlm akdemi fantasia..hukhukhuk

    ReplyDelete
  6. Awak.. sy rasa awak dgn armi lah kawan sy yg mmg love travelling.. i rasa merata dalam m'sia ni awak dah pergi.. tunggu tak conquer sabah and sarawak aje.. hehehe
    Nice pictures btw en. armi.. berbaloi w'pun anda takde dalam gambar.. hehehe

    ReplyDelete
  7. Che' Dee!! memang menjilat jari makan roti canai kat dua tempat tu. Mmg tempat wajib kene pegi kalau jalan-jalan Penang. hehehehe. Cumanya, berat badan naik berkilo-kilo bila balik dari Penang. Ahaks!! :)

    *************************

    Nadia, dah lama tinggalkan karangan..sekali tulis.. hambik kau. heheheeh :)
    Kitorang mmg boleh kata kerap ke Penang, dear. Masa pregnantkan Oman je 4 kali. :p Oh, lenkali Nuurill pegi sana, Nuurill belikan nadia scarf k. Nuurill selalu beli craft plain kat situ, sebabnya, yg plain and coraknye unik x banyak kat online kan.. hehehe.. i'll let u know when will i get my butt there again okeh! hahaha

    Hard Rock Hotel rasanya best. Tapi kitorang x penah tinggal situ lagi. Maybe Nadia boleh try dulu and let us know. x silap, kat sana ade khidmat babysitter tau. So, ibu bapa bolehla spend few hours berdua kalau nak. :)

    Okay Kak Ogy, sila ke Penang!!! heheh :)

    *********************

    Awakku, kitorang mmg suka travelling tu yang poket asyik pecah je.. hehehehe.
    En Armi lupa amik gamba diri sendiri. Saya pulak lupa bawak kamera kecil saya. Kalau x, ade gakla gambo doa saya snap. :)

    ReplyDelete
  8. alamak. u buat entry pasal penang, rindu lah pulak i nak balik penang. hahaha.

    ooh u know. my mum is a member of seri sayang apartment tu. so kitorang memang lah sgt selalu ke sana. and argyll road punye roti canai mmg the best! jgn kan bapak budak, mak budak ni pon bole habeskan 4 keping ok! tapi pikir nak kurus je, so limitkan diri pada 2. :P

    did u try nasi kandar tajuddin hussain & sup hameed? its the best in town too! kalau tak, the next time u go to penang, make sure u singgah & makan tau! coming from a penangite myself, i highly recommend it!

    ps : nape eh todds takut pijak pasir? i wonder.. hmmmm.

    ReplyDelete
  9. wow! bestnya..tak sabar nak tunggu masa macam nuurill ni..cuti2 malaysia =)

    ReplyDelete
  10. Uuuuh, Momma Oman pakai leggings lah! Jeles I kat u, Mea. I dah takleh pakai mine. Look so ugly since my drumsticks is bigger now..*sob*

    Wah, Oman..steady je atas sand eh. Faaz jugak yg geli..hihi. Yeah, what you said is true. Kalau pegi Penang mmg balik akan bawak berkilo2 excess..Penang food is heaven!! :)

    ReplyDelete
  11. mmg best tempat roti canai tu..me n hubby sanggup bgn awal pagi utk p mkn tiap kali blk penang...really miss it..2 thumbs up!

    ReplyDelete
  12. kak nuuril!!! (menulis sambil senyum ke telinga) mmg comel lah!!! hehehe dah lama x baca laporan mcm ni.hehehe =) neena siap catit tau!!! hehehe sbb nk jln2 g penang gk.member siap ckp,"neena ko ni gila ker ape,kejap bc kejap2 tulis pastu senyum memanjg".hehehe whatever aper org nk ckp tp entry kali ni mmg sweet!!! =) hehehe (masih lg tersenyum!!!)=)

    ReplyDelete
  13. Owh Thara, Tq ffor your recommendation on the Nasi kandar and soup. Next time pegi penang lagi, i mesti cuba!! :)
    Dekat Seri Sayang tu satu kiosk ni tau. The owner is indian or mamak guy, dia cakap kat i, dekat dia pun boleh reserve room kat Sri Sayang tu. He said the room got ASTRO and good maintenance. You pernah dengar x? hihi

    p/s: i think most todds ni geli kot dengan texture pasir tu. How bout Aydein dear?

    ***************

    Mommy Icha, cuti-cuti dengan orang2 tersayang memang saangat best. Even it was only a short trip. Worth everything!! :)

    ****************

    Nadine, you mean yang i pakai masa kat beach tu ke? hihi. My drumstick is bigger 2x ganda than yours dear. Lagi buruk. :( Yang i pakai tu swimming suit. I cover my top with t-shirt sebab rasa segan pulak nak pakai fit-fit dengan my body yang sungguh dahsyat itu..kakakakakakaka.
    Dun be sad bebeh, xnampak pun your drumstick tu besar. I tengok u ni sangatlah kiut miut tau. Jeles!! :)

    p/s: Penang food is so heaven. everyday Nasi Kandar. keke. Now i xmau makan nasi kandar sebulan!! :P

    ReplyDelete
  14. Zah dearie, Kat tempat Zah ade roti canai x? Kalau xde nampaknya ummu umar kenelah canai sendiri ek? hihi.
    Keenakan roti canaikat Penang mmg x boleh dinafikan. Sampai boleh mimpi-mimpi. Nanti balik sini makan puas-puas kay! :)

    **********

    Neena, Neena.. you're so sweet. Tq. :) Neena tu yang comel ok! siap catit lagi tuh. Bagus adik akak nih. Hihi. Bila nak pi Penang? Ready kan perut untuk makan banyak-banyak tau!!

    ReplyDelete
  15. nuurill, mmg betul2 rasa mcm karangan SPM. perbendaharaan kata dan tatabahasa anda sgt hebat. hehehe...

    rindu penang jugak tgk entry nuurill ni. nak balik kulim, nak p penang. nak mkn kat padang kota, nak p batu feringghi. tolonggg...karangan nuurill dah buat huspa rindu kat kampung halaman. ouhhhh....

    ReplyDelete
  16. Alaaaa Nuurill bestnya/...jeles sguhh..nk gi mkn angin kt Png gakkk..lama gler tk pi sana. En Hisham nk gi BTN kt sana mgu dpn ni klu jd...Alaa nk ituutt. hihihi...(hmm it's BTN der, sorila nk ikut..klu course biasa2 boleyla itut...sob2..)

    BTW mmg seronok tgk all the pics, meriahhh sgt3..ktrg blum ada geng nk gi konvoi mcm ni...hehehe...salu gi ngan family je..tp u guys totally rock!!;)

    ReplyDelete
  17. owh yea Nuurill..
    dekat kedai shawl tu diorang jual chinese silk type tu ek??the plain one with sulam2 sket hujung dia..I luv that one..tp susah nak dpt kan..kalau ade kat cni..harga mahal..the cheapest nadia pernah dapt diorang jual kt IKANO..booth time CNY..RM60++,tp ntah lah kt mane kedai diorang..:(

    btw..lupa plak pn thara kita org penang..boley amik info kt dia jgak bila nak pi penang ni..

    ReplyDelete
  18. dear....
    best nyer....im planning my penang trip this july. ;)
    untuk makan sahaja....
    do share more where is the interesting place nak makan yer..

    ReplyDelete
  19. Huspa, mana ada hebat.. hahah.. main taram saja. Ikut sesuka hati. Kalau baca, mcm siam pun ada. Haha.

    Kalau Huspa balik Kulim jangan x singgah Penang tau. Pekena sket Nasi Kandar..heheh :)

    ***********

    Ala ciannyer Izu, tapi BTN mmg susahla nak ikut Izu kan.. sebab Hisham mesti full of activity.. lasak2 pulak tu kot.Xpe, nanti suruh Hishah bawa u all pulak holiday family. Penang memang rocks!! :)

    ReplyDelete
  20. Hello RedApple,
    Yes!!!! Penang's foods are heaven!! Make sure u try whatever i listed in my entry. Also, try out the places Thara suggested. :) Then u blog bout them pulak k. :)

    ReplyDelete
  21. Sini roti canai panggil poratha/paratha...mmg ada byk kedai roti canai sini coz most of expats is bangla, india, patan (pakistan) so rotila mkanan asasi depa...mcm2 jenis poratha..kuah cicah pun lain xdek yg superb mcm kt penang..yg glamer adalah kuah paya..mcm kari kaki kambing la...so oily n creamy...aku xbrp suka tapi hubby dah addicted..apalaggi gain weight lagi dan lai...kalu malas nk mencanai yg segera ade jual yg made in msia pun ada...tapi yg fresh jugak sedappp..

    ReplyDelete

REMEMBER ME...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog Template by BloggerCandy.com