Thursday, September 15, 2011

LET'S WATCH IT TOGETHER! :)

.
Kawan-kawan, free tak malam esok? Jom la tengok rancangan kat bawah ni;

Dokumentari project pembikinan Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB) by Telekom Malaysia.


Link
For those who have asked before , what my job is all about, you may have some idea after watching this documentary.

Of course i tak involve 100% of the infrastructure of HSBB. Apart from meeting other Telecom provider, my job adalah di bahagian SUBMARINE sehinggalah naiknya connection itu ke Submarine Cable Station.

Sungguh pun sangat sangat little contribution from me, saya tetap sangat-sangat terharu. Aww!

To my team and the other (you know who you are) who have done more, who's giving all their contributions in this arena, bravo! :D Proud of you guys.

Lemme also post here the trailer of the documentary ;




Feel free to watch it tomorrow K!!
(walaupun i xde dalam documentary tu!) =D

Sayang korang!

xoxo,
.mommaholicSuri.


Saturday, September 10, 2011

SYILING 10 SEN PENYAMBUNG KASIH

.
Salam semua,

Lama i x update blog ni. Asal nak update je busy, asal busy je rasa nak update tapi xboleh. :P Actually, banyak yang i nak story mory kan about Raya this year in Sitiawan, and also our family holiday in Hong Kong, tapi gambar-gambar semua tak habis transfer lagi. Hutang cerita Paris and Manila pun xtertunai lagi. oh no!!! Insya Allah, I cuba sungguh-sungguh kay.

Cer tengok tajuk dekat atas tu. Ade unsur-unsur hindustan tak? ahahaha. Itulah title untuk my wedding entry dalam Majalah Seri Dewi & Keluarga by Karangkraf, September 2006 edition. Bila baca balik tersenyum sorang-sorang kot!! Nak pengsan pun ada.

Atas permintaan tinggi beberapa my lovely reader untuk i share pasal entry in that magazine dalam blog ni, dengan rendah hati, akan ku capture kan semula untuk you alls. Awww!! (walaupun mula-mula agak keberatan sebab takut kene gelak, especially from Divas and Divi. Jangan korang berani! ) :P

Artis pun bukan, Anak orang ternama lagi bukan, tapi cenggana lah cerita kami boleh appeared dalam magazine tu ye dak? Ramai jugak yang tertanya-tanya. It was totally out of our expectation. Segan pun ade.

Actually, it was Encik Ismail, the owner of Butik Pengantin Syahirah (now lebih dikenali dengan nama Udaimatunnur) yang recommend our wedding to Karangkraf. Kebetulan waktu tu, all my wedding hijabs from akad nikah to dua persandingan i memang sewa from him.

Bila magazine tu keluar, i memang agak berdebar-debar. Napa ntah. Padahal masa kena interview rileks je. haha. My mom lah orang pertama yang called me cakap dah beli. Hamboi.. semangat! Ikutkan, I memang xde share sangat pun pasal majalah tu kat kawan-kawan sebab segan. Tapi, siapa-siapa yang minat Ina Naim dulu mesti terbaca, sebab cover page girl dia Ina Naim. :)

Ni la cover page nyer.

Untuk itu, terimalah... special nih
;)

p/s: Kidd, Bi tau, tiap kali kita bukak magazine ni, baru baca ayat pertama jer, kita dah gelak guling-guling sambil rasa nak nyorok bawak kerusi. Hahaha!! .... I have to do this. :)


************************

(KINDLY CLICK THE IMAGE FOR BETTER READING, TQ)

Update: Dua-dua dah kerja lain sekarang :P


comment:
8 bulan tau message-message je tanpa sebarang call.
Jual mahal dulu la konon! Hihi


comment:
Pic no. 1 Napa nampak macam Armi yang nikahkan abah i? :)

p/s: Saaayang sangat kat abah. Tengah malam sebelum sebelum majlis akad nikah, rumah kami dilanda ribut. Pukul 4 pagi bila ribut dah reda, Abah bangun sorang-sorang susun semua kerusi meja sampai demam-demam demi majlis anak dia. (*nanges...).


comment:
Masa interview, xdela jawapan kami beri sebijik sejiban macam ayat-ayat dalam mag ni. Kemain skema lagi. (mintak ampun kalau ayat-ayat tersebut buat korang geli. haha)


Pelaminku simple aja dong.


comment:
Sikap Armi yang makan ulam pegaga ketika datang beraya di rumah telah membuat mama saya jatuh hati. haha.

comment:
Sekarang bila 14 hb dah x raikan dah. Ingat-ingat macam tu je lah. But this year on 14.11, it's gonna be our ten years relationship anniv. Wah!!! :)


comment:
Suara Uncle Nash best!! TQ uncle sebab sudi nyanyikan few songs on our wedding.


comment:
Pulau Tioman? meneroka dasar laut? Biar Betul!! i cannot recall i made that statement. snorkling pun x pernah weh! ahaks. Ikutkan kami x pegi honeymoon yang sebenar pun lagi sampai sekarang. Honeymoon kat rumah je. Dapat gak Oman. haha.

teman tengok bola? yess!!! still doing it. Sekarang pun tengah tengok Man City vs Wigan. After this MU pulak. Encik Armi dah request nescafe cawan yg ke dua dah ni. :)

(KINDLY CLICK THE IMAGE FOR BETTER READING, TQ)


*********

With this, i hope i have fulfilled my dear lovely readers request pasal magazine tu. Hope you guys Enjoy!

Yes its sound like a Hindustan story. Tapi both of us sangat-sangat berterima kasih dekat duit 10 sen tu. TQ very much duit 10 sen!!
heeee :)


See ya!
xoxo,
.mommaholicSuri.


Tuesday, August 30, 2011

Eid Mubarak 2011

.
Dengan ingatan tulus ikhlas, I would like to wish Selamat Hari Raya EidulFitri, Maaf Zahir Batin to all of you, my dear blog readers. Mesti hari ni semuanya cantik-cantik dan hensem-hensem bergaya. =)

Specially for you,










May this Syawal gives happiness and rahmah to everyone. Amin.











I'm so happy dapat spent few last days of Ramadhan and Pagi Syawal with my beloved family. Now, i'm on my way nak pi balik beraya dengan in laws tersayang pulak. Holiday yang ditunggu-tunggu telah tiba.

Jumpa lagi k =)


- Posted using BlogPress from my iPhone

Sunday, August 28, 2011

PUASA, SUBH DAN HAID

.
Salam Subuh.

Alhamdulillah, yesterday evening, three of us had safely arrived Sitiawan, just 2 minutes past waktu berbuka puasa. Panjang leher mamaku. hihi. Balik kampung this time is very very special because everybody in the family is around. I'm so happy to see my Bangah and his wife, Kak Lang, Bang Chik, adik , Opah pun ada, and of course the beloved mama & abah. Hikmah of Ramadhan and soon Eid Mubarrak. Walaupun my sis in law have to returned to KL the night before Raya due to job obligation, at least we all still have this few days to cherish the gathering right? :)

Ladies in the house.
From left: My mama, yours truly, Ima (sil), Kak Lang and Adik.
Picture taken after Subh this morning.

Bukan selalu dapat macam ni..
Seronok sangat!

Today i start back my puasa after few days of being excused, you know, kelebihan wanita (ahem). 5 days ago, i was lil bit frustrated when 'it' visited me. It's coming in between the special 10th last day of Ramadhan, when a lot of us tengah double eager to add up our Ibadah. Rasa rugi pulak sangat :(

Tapi ketahuilah diri ini bahawa Allah itu Maha Adil. It's actually a lot of ibadah that a Muslim lady could do even she's having a menstruation atau Haid. I received a very good article about this from a dear colleague, Kak Marina. Lemme share with you here;

*************
Source: Here

Berikut adalah beberapa nasihat yang wajar diamati oleh para muslimah sekiranya didatangi haid sedangkan di dalam hati bersemangat hendak beribadah.

Disenarai juga beberapa ibadah yang boleh dilakukan sebagai alternatif kepada solat, puasa dan iktikaf di masjid yang dilarang mereka melakukannya ketika haid.

1. Redha dengan ketentuan ALLAH

Mempunyai perasaan redha terhadap ketentuan ALLAH adalah sesuatu yang sangat penting ada di dalam hati seseorang mukmin. Ia menandakan keimanan seseorang terhadap qadar dan qadha ALLAH. Sifat redha akan membuatkan seseorang itu menjadi tenang dan bersangka baik dengan Tuhannya. Dan sifat redha ini adalah sifat yang mahmudah yang insyaALLAH besar pahalanya di sisi ALLAH. Bukan senang seseorang itu hendak redha. Justeru, redhalah. Ada ganjaran pahala buat orang-orang yang redha, insyaALLAH.

Redha adalah tanda kehambaan hamba kepada Tuhannya.

Link2. Bangun malam di 10 terakhir Ramadhan (Mencari Lailatul-Qadar)

Memang ibadah terbaik di waktu seperti malam adalah solat-solat sunnat. Namun, disebabkan oleh wanita-wanita haid tidak boleh bersolat, maka hendaklah dicari ibadah lain bagi menggantikannya supaya kelebihan beribadah pada waktu malam tidak dibiarkan begitu sahaja. Contoh ibadah yang boleh dilakukan ialah:

• Membaca ayat-ayat al-Quran dan terjemahannya tanpa memegang mushaf al-Quran. (Rujuk fatwa di sini.)

• Dzikrullah iaitu mengingati ALLAH samada melalui lidah, hati atau perbuatan. Banyak kalimah-kalimah dzikir yang boleh diucap dan diamati berulang-ulang kali seperti:

o “SubhanAllah” (Maha Suci ALLAH)
o “Alhamdulillah” (Segala Puji Bagi ALLAH)
o “Allahu Akbar” (ALLAH Maha Besar)
o “La Ilaha illa ALLAH” (Tiada Tuhan selain ALLAH)
o “SubhanAllahi wabihamdih, SubhanAllahil`Azim” (Maha suci ALLAH dengan segala pujian kepadaNYA, Maha suci ALLAH Yang Maha Agung)
o “La hawla wa la quwwata illa biLLAH” (Tiada daya dan tiada kekuatan melainkan dengan ALLAH)
o Dan lain-lain lagi.

Memohon ampun kepada ALLAH iaitu beristighfar. Ucaplah “Astaghfirullah” (aku memohon keampunan ALLAH) berulang-ulang kali. Memohon keampunan daripada ALLAH adalah ibadah yang utama dan penting untuk dilakukan seseorang mukmin.

• Berdoa memohon apa yang dihajatkan untuk kebaikan di dunia dan di akhirat. Berdoa juga adalah ibadah.

• Bersolawat ke atas Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wasallam.

• Muhasabah diri.

• Membaca buku-buku agama yang darinya boleh menimbulkan keinsafan dan peningkatan Iman serta makin dekat dengan ALLAH.

Tidak ada sebab untuk seseorang meninggalkan ibadah berjaga malam walaupun dia mengalami haid. Apatah lagi peluang menghidupkan malam pada 10 terakhir Ramadhan ini, lagi lah tidak wajar dilepaskan begitu sahaja.

3. Ibadah-ibadah dan lain-lain amalan soleh.

• Menghadiri majlis-majlis ilmu.

• Menjauhi perbuatan-perbuatan syubhah dan haram terutama yang melibatkan lidah.

• Memberi nasihat, amar ma`ruf nahi mungkar.

• Menulis di emel, blog, laman sosial dan lain-lain bentuk penulisan yang mengajak manusia kembali beragama.

• Menyediakan juadah berbuka puasa untuk ahli keluarga dan taulan yang berpuasa. InsyaALLAH, seseorang yang ikhlas memberikan makanan kepada orang yang berpuasa untuk berbuka akan turut memperolehi pahala berpuasa tanpa mengurangi pahala orang berpuasa itu. (rujuk hadith)

• Melakukan amalan-amalan sampingan lain seperti menyediakan juadah untuk bersahur dan mengejut anak-anak untuk bangun sahur juga boleh dikategorikan sebagai amalan-amalan yang soleh yang bakal mendapat ganjaran ALLAH Subhanahu wa Ta`ala.

• Membantu orang yang kesusahan.

Menyebarluaskan salam.

• Dan banyak lagi tidak terkira.

Itulah antara sebahagian yang sempat saya fikirkan untuk dimanfaatkan oleh wanita-wanita yang berada di luar sana. Menurut isteri saya, memang ramai wanita yang tidak sedar akan ibadah-ibadah lain yang ada di dalam ISLAM. Mereka ingat hanya solat dan puasa sahaja ibadah. Ketidaksedaran ini membuatkan para wanita yang didatangi haid mati akal dalam mengisi masa yang berharga di dalam bulan Ramadhan. Terbuanglah peluang begitu sahaja, malah ada yang tidur sahaja disebabkan oleh pada anggapan mereka bahawa mereka tidak boleh melakukan ibadah.

ALLAH Maha Pemurah. Banyak peluang lain yang ALLAH sediakan buat hambaNYA. Dan pahala dariNYA memang DIA sediakan buat hamba-hambaNYA yang suka mencari keredhaanNYA. Konsep ibadah ini terlalu luas. Bukankah seluruh kehidupan kita juga boleh jadi ibadah? Selamat beribadah di 10 terakhir Ramadhan.

ALLAHU A`LAM.

***************

It's only a couple of day more that all Muslim will be celebrating Eid Mubarrak. Hopefully we can still sempat untuk merebut hikmah 10 malam terakhir Ramadhan. Semoga kita berpeluang untuk mengamalkannya untuk tahun-tahun yang akan datang juga! :) Amin.

Take care all :)


xoxo,
.mommaholicSuri.


REMEMBER ME...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog Template by BloggerCandy.com