Sunday, August 28, 2011

PUASA, SUBH DAN HAID

.
Salam Subuh.

Alhamdulillah, yesterday evening, three of us had safely arrived Sitiawan, just 2 minutes past waktu berbuka puasa. Panjang leher mamaku. hihi. Balik kampung this time is very very special because everybody in the family is around. I'm so happy to see my Bangah and his wife, Kak Lang, Bang Chik, adik , Opah pun ada, and of course the beloved mama & abah. Hikmah of Ramadhan and soon Eid Mubarrak. Walaupun my sis in law have to returned to KL the night before Raya due to job obligation, at least we all still have this few days to cherish the gathering right? :)

Ladies in the house.
From left: My mama, yours truly, Ima (sil), Kak Lang and Adik.
Picture taken after Subh this morning.

Bukan selalu dapat macam ni..
Seronok sangat!

Today i start back my puasa after few days of being excused, you know, kelebihan wanita (ahem). 5 days ago, i was lil bit frustrated when 'it' visited me. It's coming in between the special 10th last day of Ramadhan, when a lot of us tengah double eager to add up our Ibadah. Rasa rugi pulak sangat :(

Tapi ketahuilah diri ini bahawa Allah itu Maha Adil. It's actually a lot of ibadah that a Muslim lady could do even she's having a menstruation atau Haid. I received a very good article about this from a dear colleague, Kak Marina. Lemme share with you here;

*************
Source: Here

Berikut adalah beberapa nasihat yang wajar diamati oleh para muslimah sekiranya didatangi haid sedangkan di dalam hati bersemangat hendak beribadah.

Disenarai juga beberapa ibadah yang boleh dilakukan sebagai alternatif kepada solat, puasa dan iktikaf di masjid yang dilarang mereka melakukannya ketika haid.

1. Redha dengan ketentuan ALLAH

Mempunyai perasaan redha terhadap ketentuan ALLAH adalah sesuatu yang sangat penting ada di dalam hati seseorang mukmin. Ia menandakan keimanan seseorang terhadap qadar dan qadha ALLAH. Sifat redha akan membuatkan seseorang itu menjadi tenang dan bersangka baik dengan Tuhannya. Dan sifat redha ini adalah sifat yang mahmudah yang insyaALLAH besar pahalanya di sisi ALLAH. Bukan senang seseorang itu hendak redha. Justeru, redhalah. Ada ganjaran pahala buat orang-orang yang redha, insyaALLAH.

Redha adalah tanda kehambaan hamba kepada Tuhannya.

Link2. Bangun malam di 10 terakhir Ramadhan (Mencari Lailatul-Qadar)

Memang ibadah terbaik di waktu seperti malam adalah solat-solat sunnat. Namun, disebabkan oleh wanita-wanita haid tidak boleh bersolat, maka hendaklah dicari ibadah lain bagi menggantikannya supaya kelebihan beribadah pada waktu malam tidak dibiarkan begitu sahaja. Contoh ibadah yang boleh dilakukan ialah:

• Membaca ayat-ayat al-Quran dan terjemahannya tanpa memegang mushaf al-Quran. (Rujuk fatwa di sini.)

• Dzikrullah iaitu mengingati ALLAH samada melalui lidah, hati atau perbuatan. Banyak kalimah-kalimah dzikir yang boleh diucap dan diamati berulang-ulang kali seperti:

o “SubhanAllah” (Maha Suci ALLAH)
o “Alhamdulillah” (Segala Puji Bagi ALLAH)
o “Allahu Akbar” (ALLAH Maha Besar)
o “La Ilaha illa ALLAH” (Tiada Tuhan selain ALLAH)
o “SubhanAllahi wabihamdih, SubhanAllahil`Azim” (Maha suci ALLAH dengan segala pujian kepadaNYA, Maha suci ALLAH Yang Maha Agung)
o “La hawla wa la quwwata illa biLLAH” (Tiada daya dan tiada kekuatan melainkan dengan ALLAH)
o Dan lain-lain lagi.

Memohon ampun kepada ALLAH iaitu beristighfar. Ucaplah “Astaghfirullah” (aku memohon keampunan ALLAH) berulang-ulang kali. Memohon keampunan daripada ALLAH adalah ibadah yang utama dan penting untuk dilakukan seseorang mukmin.

• Berdoa memohon apa yang dihajatkan untuk kebaikan di dunia dan di akhirat. Berdoa juga adalah ibadah.

• Bersolawat ke atas Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wasallam.

• Muhasabah diri.

• Membaca buku-buku agama yang darinya boleh menimbulkan keinsafan dan peningkatan Iman serta makin dekat dengan ALLAH.

Tidak ada sebab untuk seseorang meninggalkan ibadah berjaga malam walaupun dia mengalami haid. Apatah lagi peluang menghidupkan malam pada 10 terakhir Ramadhan ini, lagi lah tidak wajar dilepaskan begitu sahaja.

3. Ibadah-ibadah dan lain-lain amalan soleh.

• Menghadiri majlis-majlis ilmu.

• Menjauhi perbuatan-perbuatan syubhah dan haram terutama yang melibatkan lidah.

• Memberi nasihat, amar ma`ruf nahi mungkar.

• Menulis di emel, blog, laman sosial dan lain-lain bentuk penulisan yang mengajak manusia kembali beragama.

• Menyediakan juadah berbuka puasa untuk ahli keluarga dan taulan yang berpuasa. InsyaALLAH, seseorang yang ikhlas memberikan makanan kepada orang yang berpuasa untuk berbuka akan turut memperolehi pahala berpuasa tanpa mengurangi pahala orang berpuasa itu. (rujuk hadith)

• Melakukan amalan-amalan sampingan lain seperti menyediakan juadah untuk bersahur dan mengejut anak-anak untuk bangun sahur juga boleh dikategorikan sebagai amalan-amalan yang soleh yang bakal mendapat ganjaran ALLAH Subhanahu wa Ta`ala.

• Membantu orang yang kesusahan.

Menyebarluaskan salam.

• Dan banyak lagi tidak terkira.

Itulah antara sebahagian yang sempat saya fikirkan untuk dimanfaatkan oleh wanita-wanita yang berada di luar sana. Menurut isteri saya, memang ramai wanita yang tidak sedar akan ibadah-ibadah lain yang ada di dalam ISLAM. Mereka ingat hanya solat dan puasa sahaja ibadah. Ketidaksedaran ini membuatkan para wanita yang didatangi haid mati akal dalam mengisi masa yang berharga di dalam bulan Ramadhan. Terbuanglah peluang begitu sahaja, malah ada yang tidur sahaja disebabkan oleh pada anggapan mereka bahawa mereka tidak boleh melakukan ibadah.

ALLAH Maha Pemurah. Banyak peluang lain yang ALLAH sediakan buat hambaNYA. Dan pahala dariNYA memang DIA sediakan buat hamba-hambaNYA yang suka mencari keredhaanNYA. Konsep ibadah ini terlalu luas. Bukankah seluruh kehidupan kita juga boleh jadi ibadah? Selamat beribadah di 10 terakhir Ramadhan.

ALLAHU A`LAM.

***************

It's only a couple of day more that all Muslim will be celebrating Eid Mubarrak. Hopefully we can still sempat untuk merebut hikmah 10 malam terakhir Ramadhan. Semoga kita berpeluang untuk mengamalkannya untuk tahun-tahun yang akan datang juga! :) Amin.

Take care all :)


xoxo,
.mommaholicSuri.


6 comments:

  1. ALLAH Maha Adil kan... walaupun kita rasa macma 'rugi' bila haid.... tapi ibadah pengertiannya luas... :)

    ReplyDelete
  2. Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin...

    Happy tgk Nurill sefamily...

    ReplyDelete
  3. i pon dah boleh puasa...hehe...

    n ur mom...! i confuse tgk gambar u...ingt semua sebaya...hehe

    kim salam kat ur mom n amitabh bachan...n ur family ;)

    selamat hari raya dear...maaf zahir batin ~

    ReplyDelete
  4. Nice photos! I loikee! ;)
    Nway tq for sharing, dear n enjoy raya k!!

    ReplyDelete
  5. Happy Eid to you and the boys too :)
    Maaf Zahir dan batin..
    Nak rase kuih Cuk Keria Kak Nuuril can? hehe

    ReplyDelete
  6. Salam semua.

    Sangat-sangat sorry sebab baru sekarang boleh nak reply your comments darling. :)

    Harap semua sihat-sihat selalu. Sure banyak open house kan? hihi.

    Shaza: boleh! nanti bila rumah akak jadi old trafford lagi, akak try buat utk seua k. heheheh :)

    ReplyDelete

REMEMBER ME...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog Template by BloggerCandy.com