Thursday, August 25, 2011

CORAT-CORET SEBELUM RAYA

.
Salam semua.

Sekejap je masa berlalu kan? Sekejap sangat-sangat. Ramadhan dah nak meninggalkan kita :( Jujur, I tak buat yang terbaik untuk Ramadhan tahun ni. Rasa malu. Tiap kali melihat Oman, mesti rasa bersalah. Walaupun Oman masih kecil, tapi apa yang Oman lihat, itulah yang dia akan pelajari sedikit demi sedikit. Memang ada tangisan setiap kali berdoa, tapi, mungkin usaha I belum cukup untuk Allah kabulkan setiapnya. Semoga tahun depan Allah panjangkan usia ini untuk sekali lagi menikmati Ramadhan. Semoga diri ini menjadi salah seorang yang dipilih untuk diberikan hidayahNya. Amin.

Oman dapat hadiah buku Ramadhan special ni dari peminat dia.
Thanks a lot Piqah!

Persiapan Raya I buat secara sederhana. I dengan hubby decided xbeli baju raya tahun ni untuk kami. Untuk Oman jer sebab dia special. hihi. Kuih Raya pun x beli walau sebalang pun. Teruk betul. :P Rasa bertuah dan bersyukur sebab dalam xde tu, ade jugak pihak yang sudi bagi kuih-kuih Raya kat I. Siap dalam bekas yang sangat comel! Alhamdulillah. Nanti balik Sitiawan, mama pun mesti dah ready kuih raya apa nak bagi anak dia ni bawak balik ke Shah Alam. Bertuah!! Bukan patut anak yang bawak balik kuih kat mama ke? Xpe xpe. K.yung bawak balik benda lain kat mama kay. =)

Comel kan? Love the containers! :)

Malam semalam kami ke SACC cari baju raya untuk Oman dan bibik. Pencarian bermula dengan Oman. Dah nama pun last minute, bila sampai ke Omar Ali, pilihan dah tak banyak. Size untuk budak pun tinggal yang besar-besar je. Seb baik songkok still ada. Round punya round, jumpa jugak baju untuk Oman dekat kedai Den Wahab. Mungkin sebab dah nak raya, kami dapat baik punya discount. Alhamdulillah sekali lagi. Rezeki Oman. Warna pun cantik.

Settle Oman, I cari pulak baju raya untuk bibik. Suruh bibik pilih sendiri yang mana dia berkenan. Bibik pilih blouse instead of baju kurung sebab dia kata baju kurung dia ada lagi yang dulu-dulu. Masuk pulak Vincci, ada sales 50%, belikan sepasang sandal untuk bibik. Senyum lebar bibik. Moga bibik dapat sambut raya tahun ni dengan gembira. Sebagai ibu yang kadang-kadang berjauhan sengan suami dan anak, I sangat-sangat memahami perasaan bibik especially bila dah nak raya ni. Kadang-kadang tu bergetar suara dia bercerita tentang anak-anak dia di kampung. Owh! :(

Sebenarnya banyak lagi nak tulis. Tapi dah 4.45 petang i couldn't wait longer in this office. Nak balik Shah Alam jam teruk sekarang.

Boleh tak tak nak wish Selamat hari Raya lagi? Masih ada beberapa hari sebelum Ramadhan berakhir. Ramadhan Kareem to all of you dear Readers!!

Selamat berbuka :)

p/s: Rupanya my mil ada tempahkan baju raya untuk menantu dia. Baru tapat tahu malam tadi. Alhamdulillah!! (updated on 10:55am, 26th August). :)


6 comments:

  1. Hi nuurill, cpt kan masa blalu tup2 dah nk raya. Hmm izu pon rasa apa yg nuurill rasa tue. Sedih..hopefully, kita sama2 diberi peluang utk btemu lg bln ramadhan thn dpn insyaAllah.

    nway btuah bibik tu dpt majikan mcm nuurill, dpt bju n sandle raya..yelah dia pun sama cam kita ada hati dan perasaan kn. Should be treated good n hopefully dia lbh rajin bkerja n buat baik towards ur family always..amin!

    Wah bestnya buku Oman! Untung betul ada rmi peminat nie..hihi

    ReplyDelete
  2. hikhik...u r so blessed....especially ada ofismate u yg sgt kiut miut temankan u hari ni kan...sambil? dot dot dot.

    since permohonan i jadi anak angkat mil u tak approve2..i rasa i nak apply jadik bibik u plak la...u rasa2 dpt tak? hahahaha

    anyway...selamat hari raya beb...maaf zahir n batin...i taknak wish kat ofis sbb nnt i nanges...hahahaha

    ReplyDelete
  3. selamat hari raya, nuurill!!!!! :)

    ReplyDelete
  4. Izu:
    Amin! Nuurill pun harap bibik terus maintain macamana dia duduk dengan kami sekarang. So far, mmg alhamdulillah. :)

    How's raya preparation kat sana Izu? X sabar nak tgk gambar raya family Izu kat sana. :)

    ReplyDelete
  5. Mel:
    Hahahahaha.. u ni ade je kan???? apa pun i harap u terhibur sangat dengan outing kita masa tu. Especially yang masa kita belikan Drive Through McD untuk anak-anak kita tu. HAHAHAHAHA!!!!! i masih teringat riben putih besar tu tau!!

    Selamat hari Raya, babe. Maaf Zahit Batin. Ala.. i nak tgk u nangis please!!!! =D

    ReplyDelete
  6. Fidza: Selamat Hari Raya to Fidza and family jugak. Maaf Zahir Batin. :)

    ReplyDelete

REMEMBER ME...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog Template by BloggerCandy.com