Hati ini tengah sayu.
Sayu sangat. Airmata bergenang.
Momma mengikuti berita tentang Gempa Bumi Yang melanda Sumatera Barat sejak 2 hari lepas. Setiap kali momma baca tentang mangsa tertimbus yang dijumpai mati, momma rasa sebak sangat. Malam tadi, momma tengok Berita kat TV3, momma tengok visual penyelamat membawa keluar mangsa dari runtuhan bangunan, hati mama turut runtuh.
Ratapan Minang
***************
PADANG: Titisan air mata darah sekalipun tidak cukup untuk menggambarkan kesedihan Suleiman Wijoyo, 46, yang kehilangan dua anak serentak apabila bangunan kelas tuisyen mereka menyembah bumi dalam kejadian gempa bumi di kota ini, petang kelmarin.
Berita sedih itu sekali gus mengembalikan nostalgia menyayatkan hati lelaki terbabit yang turut kehilangan isteri tersayang akibat tragedi sama, kira-kira dua tahun lalu.
Jenazah kedua-dua anaknya, Cahaya Putri, 10, dan Budi, 8, ditemui bersama mayat 16 pelajar lain yang tertimbus di bawah bangunan kelas tuisyen yang runtuh akibat gegaran gempa sekuat 7.9 skala Richter, pada jam 5.16 petang kelmarin (waktu Indonesia).
Suleiman yang ditemui di perkampungan Jalan Amdul Muis di sini, malam tadi, berkata dalam kejadian gempa bumi mendadak petang kelmarin, kedua-dua anaknya yang sedang menghadiri kelas tambahan di kos Gama 1 di sini, tenggelam dalam runtuhan bangunan dua tingkat itu.
Dalam kejadian 7 Mac 2007, Suleiman yang juga seorang peniaga bakso kaki lima kematian isterinya, Hernawati Amed, 37, selepas rumah mereka menyembah bumi dan menghempap wanita berkenaan yang ketika itu sedang memasak di dapur.
Menurutnya, dia yang ketika itu di gerai baksonya berasa tidak sedap hati sejurus gempa bumi menggegarkan kawasan sekitar kota Padang, menyebabkan rusuk belakang gerainya runtuh. “Gegaran kurang satu minit itu cukup kuat sehingga menyebabkan saya terhoyong-hayang sebelum terjatuh. Malah, orang ramai yang berada di sekitar saya hanya mampu menjerit sambil berlari keluar dari rumah. “Sebaik gempa bumi itu berakhir, saya yang masih dalam keadaan pening bingkas bangun dan terus berlari ke arah bangunan kelas tambahan berkenaan,” katanya.
Menurutnya, ketika itu yang terlintas di fikirannya hanyalah nasib Cahaya Putri dan Budi, yang ketika itu sedang mengikut kelas tuisyen di bangunan berkenaan bersama 39 pelajar lain. Namun, sebaik tiba di bangunan kelas tambahan rakyat itu, dia terus longlai seolah-olah tidak percaya apabila mendapati keseluruhan bangunan dua tingkat berkenaan menyembah bumi. “Ketika itu tiada langsung kedengaran suara jeritan kanak-kanak meminta tolong. Semuanya menjadi sepi seolah-olah semua pelajar di dalamnya sudah tidak lagi bernyawa. “Saya cuba menenangkan diri dan beristighfar panjang, namun ketika itu hati saya berat mengatakan kedua-dua anak saya sudah tiada harapan lagi,” katanya sebak.
Menurut Suleiman, dia bersama beberapa penduduk dan ibu bapa pelajar lain kemudian terus berusaha mengangkat batu runtuhan terbabit, namun usaha mereka sia-sia kerana hanya menggunakan kudrat tulang empat kerat saja.“Saya hanya mampu menangis sambil meratap dan menadah tangan ke langit memohon bantuan llahi. “Dan sehingga kini (malam tadi), ramai lagi pelajar masih gagal dikeluarkan dari runtuhan konkrit itu,” katanya. Menurutnya, usaha mencari dan menyelamat semua kanak-kanak malang itu terbatas berikutan hanya satu jengkaut digunakan dengan bantuan satu generator kecil.Momma baru baca berita ni. Ya Allah, momma xtau macamana kalau momma yang berada di tempat Suleiman. Harta-harta yang paling berharga dalam hidup Suleiman pergi dalam keadaan menyayat hati. Serius momma nangis lagi. Tuhan aja yang tahu bagaimana Suleiman akan menghadapi semua itu. mereka HILANG.
Anak-anak hilang ibu bapa, suami hilang isteri, Isteri hilang suami, ibu bapa hilang anak-anak..
Saat ini terbayang wajah dadda dan Oman. Mama dan abah. Adik-adik. sanak saudara. teman-teman. Semua....
Ya Allah, panjangkanlah umur kami.. lindungilah kami. Aamin.
Semoga roh mereka yang terkorban di Kota Padang, dicucuri rahmat. Aamin. Al-Fatihah
Al-Fatihah...mmg sedih nuurill, hati kte turut ranap tgk kepiluan mrk yg hlg org tsyg...Smg Allah melindungi kita, keluarga kita, semua, negara kita...Amin!
ReplyDeleteAl-Fatihah.
ReplyDeleteYa Allah, tetiba rasa sayunya bace entry nuurill yang nie. Mereka yang lain semua bergembira di hari raya, dan mereka disana dalam kesedihan kehilangan anak dan isteri. huhu. *mengalir air mata*
Hajar memang doa banyak-banyak semoga dipanjangkan umur, murah rezeki untuk semua umat..
Memang sedih.Aku yg duduk disini ditemani angin yg mengilai panjang,duduk dikapal dihentam badai
ReplyDeleteteringat pula nasib penduduk di Filipin.Kalau disini hanya tempias cukup utk memberhentikan jantung,apakah nasib mereka di sana.
Di Indo pula,dgn gempanya.Masing2 kehilangan yg tersayang.Sedih,tragik
Panjatkan Al-Fatihah,ucapkan Alhamdulillah kerna kita bisa bgn pagi bernafas.
Begitulah ketentuan Ilahi, segala bala bencana didatangkan dengan hikmahNYA. Sebagai hamba kita mesti redha kerana keyakinan kita akan rahsia disebalik duka.
ReplyDeleteBersyukurlah kita sentiasa, sesusah kita ada yg lebih menderita, sekaya kita ada yg lebih maha kaya.
Hanya secebis doa dari kami semoga roh mereka yg terkorban di tempatkan di sisi para anbiya' dan syuhada'. Amin !
Serius..mmg tak boleh baca cerita2 mcm nih..Sedih sgt. Alfatihah buat mereka...
ReplyDeleteSemoga Allah lindungi momma sekeluarga dan kita semua..Amin.
hello... hapi blogging... have a nice day! just visiting here....
ReplyDeleteTQ for dropping Hapi. :)
ReplyDelete