Friday, October 8, 2010

KEMALANGAN YANG TAK DIDUGA



04.10.2010...

Di pagi yang hening itu, alarm henponku menjerit-jeriti tepat pukul 6.00 pagi. Lantas aku memaksa diriku bangun walaupun rasa macam nak je tarik selimut semula. Azamku, nak sampai awal ke tempat kerja hari ni. Nak dapat kan parking free. Hari-hari bayar rm7.00 cepat kopak purse saya tau. Maka targetnya 6.45 pagi aku seharusnya sudah mula bergerak rumah. Nak isi minyak lagi. Haishhh..

Sambil mengeliat ke kiri dan ke kanan, aku sempat menjenguk lelaki kecilku yang sedang enak dibuat mimpi di dalam cotnya. Lelaki besar seakan tersedar tatkala aku turun dari katil, mungkin sebab tahap gegaran katil yang agak kuat.

Aku dengan terpisat-pisat ke bilik sebelah. Sambil berdendang lagu Beyonce, "To the left, to the left" eh, ternyanyi sikit pulak, aku memulakan aktiviti mengiron baju kerja suamiku. Stock baju yang siap digosok pada hujung minggu sudah kehabisan. Kesian.

Selesai menggosok, aku terus bersiram. Suka betul aku mandi menggunakan sabun Lifebuoy kaler biru tu. Wangi dan segar.

Sebelum aku menunaikan solat Subuh, aku mengejut suamiku dengan memanggil namanya. "5 minit", jawabnya ringkas. Itu adalah jawapan standard yang memberi makna selepas aku selesai bersolat silalah kejutkan dia kembali.

Selepas memanjatkan doa ke HAdrat Ilahi, aku pun kembali mengejutkan suamiku dengan menyentuh lembut tangannya. Tak boleh jadi dengan melihat tahap keliatan yang ditunjukkan itu, aku pun menggoncang badannya sambil membuat ayat sedih; "Kidd, bangunla. Nanti lambat. Bi nak cepat hari ni" Eh macam x sedih langsung bunyinya.

Setiap pagi, kebiasaannya suami ku yang akan menghantar Oman ke rumah pengasuh. Aku lebih senang hati jika kami keluar dari rumah pada waktu yang sama so that aku dapat memastikan yang mereka berdua cukup lengkap segala keperluan. Jangan ada yang tertinggal apa-apa. Jadi, jika mereka berdua lambat bangun, aku pun akan jadi lambat. X syoklah kan.

Jam menunjukkan pukul 6.30 pagi. Suami ku telahpun berada di dalam washroom. Aku pula mula menyediakan keperluan Oman di rumah pengasuh untuk hari itu. Baju harian 2 pasang, baju tidur sepasang, tuala, toiletries, medical kit, 2 botol susu dan 1 bekas air gambar zirafah. Cukup!

Tot Tet Tot Tet, jam sudah menunjukkan pukul 6.55 pagi. Alamak, lambat lagi. Dek kerana nak jugak mendapatkan parking free pada hari itu, aku meminta izin suami untuk bergerak dahulu ke tempat kerja. Suami kata "ok. Dun worry Bi. Kidd boleh handle Oman". Dekat sepuluh kali suami mendengar rintihan hatiku untuk sampai awal ke office, heran jugak dia dengan tahap semangat membara aku yang macam budak PLKN itu.

Setelah selesai sessi salam tangan, cium tangan & pipi, bagi salam dan cakap ailebiu kami anak beranak, aku pun memulakan perjalanan ke Petronas terdekat dengan rumahku. Minyak dah fuel warning kot. Kalau tak nak kena maki hamun dengan pemandu lain dek keta habis minyak mati dekat tengah federal highway, baik isi.

Setelah minyak 97 ku isi rm50, aku pun memandu ke arah bulatan berhampiran untuk membuat pusingan U. Sambil itu, aku mendengar stesen Radio kegemaranku, Fly FM.

Tiba-tiba di tengah-tengah bulatan itu...
(bunyi Jeng Jeng Jeng macam dalam cerita P.Ramlee)


Aku terdengar bunyi Hon yang kuat. Saat ku menoleh ke kanan, aku dapat melihat jelas Puan Nabira ku bergesel dengan Encik Iswara di sebelah kananku. Kedengaran bunyi brek yang kuat. Kami menjadi kembar siam buat berapa meter jaraknya. Dan pabila kereta ku terlepas dari keretanya, aku hampir pengsan melihat pintu co-pilot kereta itu kemek teruk. Masih mampu mengawal keretaku dari terbabas atau terbalik, lalu aku memberhentikan keretaku di bahu jalan. Dan aku bingung sebingung bingungnya......

Apa yang bermain di fikiranku tatkala itu;
1. Call Kidd sekarang
2. Aku tidak berdarah atau cedera di mana-mana. Alhamdulillah aku masih hidup.
3. Encik Iswara itu kemek teruk, bagaimana pemandunya. Aku takut!!
3. Kalau Encik Iswara itu dah kemek sebegitu, Nabira pun mesti sama. Ok now i'm really dead!!

Dalam kebingungan dan menggeletar yang melampau itu, aku masih mampu menoleh ke arah Encik Iswara yang juga berhenti di bahu jalan. Namun aku seakan-akan lemah x mampu nak turun dari kereta melihat keadaan pemandunya. Sejurus selepas itu, ku lihat seorang lelaki agak dalam lingkungan pertengahan 40-an keluar dari kereta itu menuju ke arah ku. Dia tidak apa-apa. Alhamdulillah!

"Cik ni nak pegi mana sebenarnya? Saya dah bagi signal kiri tadi nak terus. Cik kalau nak ke kanan kenela bagi signal kanan sebab Cik duduk lane tengah" suara yang agak keras pada mulanya kembali reda setelah melihat aku yang macam mayat. Aku menggeletar! Aku tanpa berpikiran panjang terus memohon maaf seolah-olah aku memang bersalah 100%. Aku punya tahap trauma dah kira tahap PHD lah masa tu. Badan sejuk habis. Dan aku memang x boleh nak ingat apa sebenarnya yang terjadi... sigh..

Tiba-tiba muncul kereta suamiku di simpang bulatan. Suami dan anakku baru keluar dari kawasan perumahan kami. Aku masih ingat muka terperanjat suamiku melihat kejadian itu. Suami lantas memberhentikan kenderaan di seberang jalan, dengan mendukung Oman, dia mendapatku. Aku masih diam dan pucat lesi. Aku yakin, suami memang tahu bahawa aku dalam kebingungan, maka sessi berdikusi, cari jalan penyelesaian semua di take over olehnya. Yang aku ralat, aku x mampu menceritakan kejadian sebenar kerana aku masih bingung dengan bagaimana ianya boleh terjadi.

Tiada saksi lain sewaktu kejadian. Yang pasti, dari keadaan kereta , memang jelas aku yang melanggar lelaki itu. Nasib puan Nabira agak baik. Hanya sedikit lekuk di bahagian tepi pintu driver. Kuat jugak Puan Nabira. Kami berjanji untuk berjumpa kembali dengan lelaki itu setelah masing-masing selesai menguruskan urusan cuti kecemasan.

Disebabkan dua kereta, aku terpaksa jugak drive Puan Nabira balik ke rumah. Encik Armi memantau perjalananku. Sumpah, aku rasa seperti dah xnak memandu lagi selepas itu. Dalam perjalanan yang singkat itu, aku sempat pulak menelefon beberapa kawan baikku di ofis untuk memaklumkan yang aku terlibat dalam kemalangan dan perlu EL. Then, aku mula menangis. Tak pernah aku bingung macam tu sekali. Adakah aku terhantuk?

Sampai di rumah, aku ingat Encik suami akan memarahi ku. Aku redha. Tapi aku sangat terharu bila suami mendakapku memberi semangat. Suami cuba menenangkan aku. Bila ditanya kenapa menangis, aku lagi menangis. Sebak seh. Sepanjang aku memandu sendirian, inilah kali kedua aku terlibat dalam kemalangan. Kali pertama sewaktu darjah 3. Aku memandu basikal. Tapi itu, aku dilanggar. Ini aku yang melanggar. Sob Sob. Oman memandangku dengan tersengih. EH budak ni, xper dia kecik lagi, xtau apa-apa.

Selepas menghantar Oman ke rumah pengasuh, suami meminta aku menemaninya ke office untuk mengambil beberapa dokumen. Suami kata dia akan menemaniku sepanjang hari. Owh terharu lagi. Dalam perjalanan, kami telah membuat beberapa panggilan penting terhadap mereka yang arif dalam bidang kemalangan dan legal, untuk mendapat nasihat tentang cara terbaik menyelesaikan peristiwa itu. Perlukah report polis, atau selesai cara baik?

Melalui peneranganku yang tidak berapa terang, dan memang nampak jelas aku yang pelanggar, maka kami dinasihati untuk menyelesaikan cara itu tanpa membuat report. Satu pintu Iswara kalau rosak, harganya paling maksimum is rm4oo, maka menggaru kepalalah kami.

Kami berjumpa kembali dengan lelaki itu yang kami panggil abang di kawasan membaiki kereta di Taman Raja Muda Shah Alam. Abang tu kata, dekat situ memang terkenal dengan bengkel membaiki kenderaan yang terlibat dengan kemalangan dan harganya berpatutan. Tapi yang membuatkan aku rasa nak kembali pengsan ialah kerana bukan 1 pintu yang kemek tapi 2. Pintu di bahagian penumpang belakang co-pilot jugak remuk. Mak datuk double weh nak kene bayar.

Dipendekkan cerita, aku bersyukur segala urusan kami dipermudahkan. Total keseluruhan yang aku loss is rm500 tidaklah double seperti yang aku bayangkan. Walaupun sebenarnya rm500 tu memang nangis ah nak keluarkan kan, aku bersyukur sangat sebab segalanya dah selesai. Abang tu pun orangnya cool. Baik & percaya dengan kami. Yerla dapat rm500 mmgla baik. Eh xbaik cakap macam tu tau, Nuurill. Dalam hatiku sedih sebab dia terpaksa pinjam kereta lain sebarang dua hari sementara tunggu keretanya dibaiki.

Setelah itu. Kami pulang ke rumah dan Encik suami memaksa aku tidur untuk berehatkan minda yang bingung. Dua hari pening-pening loya tapi bukan mengandung yer.

Selepas sehari, aku mula boleh berfikir dengan lebih waras.. ku fikir-fikir apa sebenarnya yang berlaku sewaktu kejadian.. Meh ku lukis;


Inilah kedudukan kami sebelum kejadian.He was at the most right lane and I was at the middle lane. His position was really a BLIND SPOT to me. I absolutely couldn't notice his car was just next to me but bit behind.

So he wanted to go straight (12 o'clock) while i was doing U-Turn at middle lane. I nak pegi pukul 6. Dia cakap dia dah bagi signal kiri but again, i x nampak sebab terlalu dekat. Huhu. He said i didn't give any signal to go right. He was true i didn't sebab i x tau kene bagi signal if we nak stay in the roundabout. Akibatnya;


My car terus bang dia kat bahagian co-pilot and belakang co-pilot. Sedihnyer!!...

Cumakan...
I rasa abang tu pun salah jugakla... sebab, if he wanted to go straight or 12 o'clock, why he at first stayed at the most right lane? Dudukla kat kiri sekali ke kan. Hmmmmmm.... disebabkan kebingungan i hari tu, i x voice out kan pun pendapat i tu.

Anyway xperla, yang penting everything has been settled and i really learn something. I have to be extra careful especially dekat roundabout. Tambahan dekat Shah Alam ni memang banyak roundabout and people in Shah Alam ni tak pandai pandu perlahan tau! So, Giving signal is very very important to alert the other drivers.

I'm so grateful that ianya x melibatkan kecederaan samada to me or him and one more thing yang buat i rasa bertambah bersyukur is that Oman was not with me at that time. Jangan bayangkan!! Huhu.

To everyone who has called, met, sms and message me at fb about the accident. Ramai yang concern dan bagi kata-kata semangat. , TQ so much to all. Appreciate sangat. *Peluk* (tiru Su)

TO Encik suami, ailebiu!!. :)
Yerlah, nanti bi gi mandi air bunga kaktus untuk pulihkan semangat yer.
Encik suami xbaik tau usik saya macam ni, "Tula, nak sangat gi keje awal sangat, langsung x pegi". Amboi, biase dia!!. Babab kang! (Tiru Su lagi :))

To the parents, thank you so much for the help and everything. Sob Sob. Sayang semua!

To Oman anak momma, semoga hayat momma panjang so that momma boleh tengok Oman membesar dengan baik, dapat jadi your best buddy ever. Huhu.

Akhir kata, Berhati-hati memandu yer semua. Ingatlah orang yang tersayang.
Semoga kita semua sentiasa di bawah lindungaNya. Amin!

33 comments:

  1. hahahahaha.... sunggubmenyentuh hati betul karangan ini..... alhamdulillah, nuurill dan abang itu tak apa apa.....
    dan seperti kata nuurill, alhamdulillah juga oman tid bersama sewaktu kejadian itu....

    take care, dear...

    ReplyDelete
  2. salam.Kak nuuril!!!! terkezut bc entry akak pagi.hmmm x dpt neena imagine mcm kalo neena yg kene =(. Kak nuuril,pasni jg diri elok2 eh.Bwk keta elok2.kalo nak bwk laju2 nant neena bwk kak nuuril nek moto neena jer.br feel kelajuan die!!! hehehe jgn bingung2 lg yer!!! (ada byk perkataan bingung dlm entry ni!!! hehehe).Ingatlah org tesyg!!! =)

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah semua ok. Takpe you, duit boleh dicari, nyawa yg plg penting. I understand the trauma, nak2 I pernah twice org yg langgar keta dr belakang and I was hurt once..insyaAllah lama2 perasaan tu hilang dgn sendiri. dont worry ok.

    Wpun entry ni supposed to be something yg menyayat hati I can't help myself from grinning. Agak kelakar ur writing this time. Plg I tak tahan siap ade statement "Dua hari pening-pening loya tapi bukan mengandung yer" :) Kuat jugak eh the banging sampai pening2 you...

    ReplyDelete
  4. report kena buat gak lain kali.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah u ok Nurill, actually confuse tgk gambar rajah tu,sekejap Puan Nabira kat sebelah kiri, tetiba2 tukar kat sebelah kanan. In accident, tak payah argue salah ke betul, yang penting buat report polis dulu, let them decide. Save jugak duit kita, bila lagi nak pakai duit insuran tu, kalau kita salah pun kena bayar 300 laa..Bagus ada orang yang bagi support kat kita kann??

    ReplyDelete
  6. Fidza:
    Menyuentuh hati kan? hihihi. Tula, memang kene ucapkan Alhamdulillah banyak-banyak sebab xde kemlangan melibatkan jiwa macam tu. Nuurill anggap ini adalah satu reminder kat Nuurill supaya lebih berhati-hati.
    Fidza Take Care too k :)

    Neena:
    Salam Neena. Banyak sangat perkataan bingung kan? Tula nasib baik sekadar bingung je Neena. Ya Allah akak memang takut sangat. Xleh imagine yang lebih teruk dari tu. Eh, Neena nak bawak akak jalan-jalan naik moto ke? bawak Oman la.. Omankan minat Vom Vom. Hehe. Neena bawak moto leklok jugak tau. :)

    ReplyDelete
  7. Nadine:

    Betul you, duit boleh cari, kalau nyawa .. huhu.. Moga lepas ni xdelah jadi kejadian macam ni kat kita semua.
    U pernah cedera you? Oh, u mesti lagi trauma masa tu. I tau cerita yang your car kene knocked from behind masa nak pergi office tu.. but that one yg x cedera kan?
    Ikutkan mmg entry ni patutnya syahdu tapi i kalau syahdu2 ni xreti sangat nak buat karangan. Hihi. Untuk menceriakan diri i sendiri supaya x terbawa-bawa sangat dengan kejadian ni.. i buatlah dia ala-ala lucu sedikit. eh lucu ke? hihi.

    Memang pening you. I rasa macam berdesing je macam tu. Tapi xdelah concussion ke hape. Maybe psychology jugak kot. :)

    ReplyDelete
  8. En. Buih:
    Oh kene jugak ek Encik. Kalau buat kene compound rm300 kan? Katakan bila dah buat report kita yang salah, then kita kene cover semua repair cost pulakkan kan? erm.. macam lagi banyak je lagi jadiknya. huhu

    Nurman:
    I silap lukis gambar kedua tu!! Sebenarnya Nabira mmg sentiasa belah kiri. Apela i ni. I dah betulkan dah. TQ for commenting on that. Kalau x i x perasan pon. Hihi. :)
    Hmm.. ade yang cakap xyah report ade yang cakap kene report.. Masa tu dah confuse, so last2 settle macam tu je. Adehai...

    Memang seronok ramai yang support. RAsa diri kuat sikit :)

    ReplyDelete
  9. A'ah you..yg tu the 2nd one. The first one masa I naik keta with my uncle, masa br2 grad dulu. The accident injured the back of my neck. Masa kena takde pape tau. Few days after, trus takleh pusing my neck to the right. Terus kena refer to orthopedic Sunway Medical..

    so thankful you are ok dear. pn nabira you mmg tough! ;)

    ReplyDelete
  10. 1.Takziah dengan kemalangan.

    2.Alhamdulillah Puan Nuurill & Puan Nabira tidak cedera parah.

    3.Sebenarnya, Puan...rasanya abang tu yang salah. Sebab, dia nak pergi terus, jadi dia kena drive di lane yang betul.Beri signal tidak bermaksud dia boleh terus jalan macam itu sahaja. Bila dia tengok perempuan yang memandu dan tengah pucat lesi pulak tu sah-sah lah Abang itu mengambil kesempatan. Sungguh tidak baik tau.

    4. Mujur juga yang di langgar itu cuma kereta iswara..bayangkankah Honda atau Merc atau Audi (oh idaman hatiku).

    5. Ini semua dugaan. Setiap dugaan pasti ada kebaikan. Mungkin..ye mungkin, itu tandanya Puan Nabira perlu di ganti baru?? How about CRV? tinggi dan selamat..or maybe Odyssey atau nak kecik sikit Stream pon ok...ok! Shut up Azura.!

    Apa2 pun..berhati-hati memandu ye. Gunakan cermin sisi, signal & baru memotong..

    Psssttt..suka baca blog di dalam bahasa Melayu.

    ReplyDelete
  11. Ya Allah, sian Nuurill..tk pe la sumenya dh slmt..Nuurill pn slmt..syukur alhamdulillah..

    For me, trg lg bsuloh en Iswara tu yg slh...btul kata Nuurill, klu dia dh tau nk pegi kul 2 knp duduk lane kanan skali! apalah, lesen terbang apa? tk plan..bwk keta pn kene plan awl2 apa..

    aih..tu la Nuurill, klu kita bhati2 pn kdg2 sbb kecuaian org lain kita pn bley tlibat ngan kemalangan kn..

    Setiap apa yg terjadi pasti ada hikmah-Nya..u tk care k, dear..mujr Armi ada kt situ...n being there for u..tabik! :)

    ReplyDelete
  12. dear..mmg terang2 I rs En Iswara tu salah,he not supposed to stay at that lane kalau nak g 12o'c..
    tp kan betul..I pun dah bnyk kali jumpa org tak reti pilih lane kat roundabout..tensi..!!and few times too at that roundabout..D'K roundabout kn!..
    takpe lah babe..yg penting u selamat!!kesian u smp pucat lesi..
    Alhamdulillah stakat ni tak involve accident lagik..tp I rs kan kalau I kat tmpt u mmg habis En Iswara tu kena belasah ngan I..sb I tak boleh sgt org dtg2 nak sound kt I..pagi2 hari mesti I terus shoot up!hahahaha!!terok lah nadia ni..

    btw..mujula Armi tu klakar..tkde lah u tensi sgt!!
    ape salahnye pening2 loya berisi kan..babab tu ape maksudnye..
    kalau Adam babab nak susu..hehehe ;)

    ReplyDelete
  13. Nadine:
    Ouch Nadine!! Kesiannya You. How long it took to cure dear? Lucky u dah sembuh sekarang and xde effect dah. U take care too! :)


    Wawa:
    Hihi.. i belum baca lagi u nyer comment i dah senyum. I x tau napa. :)

    1.Terima kasih, dear

    2.I memang ok dear. Nabira cedera ringan dan mendapat rawatan peskit luar je that day. Doktor tu ketuk ketuk balik dah ok. Alhamdulillah.

    3.Tula. Setahu i macam tulah. Kalau nak masuk simpang kat roundabout, perlulah anda mengambil lane terkiri. Tapi abang tu betul2 pertahankan yang dia x salah masa tu. Yang i pulak, almaklumla tergezut badak kan.. terus x reti nak pertahankan diri sendiri. Hubby i pun x leh buat apa-apa sebab dia xtau cerita sebenar from me. Ketuk kepala sendiri. Sigh...

    4. Owh babe! The exact issue we were discussing tau. Buatnya i langgar tu BMW. Walau calarnya sekangkang semut, mau riban-riban gak melayang. itu nasib baik kena dengan abang yg consider cool la jugakkan. Kalau ah long gangster??? Ade yang terkucil jugak di situ. :P

    5. Muahahahahahah. Molek betul cadangan Puan Wawa. Akan tetapi, Saya kurang yakin dengan jawapan saya. Sebab, setelah sejumlah wang dikeluarkan kepada Encik Iswara, kalau ade hati nak tukar kereta.. mau kene siku ngan Encik Armi. :)

    p/s: Tulis dalam bahasa Melayu laju je tau u. Kalau English 3 hari baru i post :P

    ReplyDelete
  14. Izu:

    Tulah Izu. Kadang-kadang bukan salah kita kan. Nuurill lepas ni xmo blur blur dah. Sebab kalau kita x salah sepenuhnya, kita harus pertahan kan. And betul cakap few commentators, better buat police report kan.
    aih..tu la Nuurill, klu kita bhati2 pn kdg2 sbb kecuaian org lain kita pn bley tlibat ngan kemalangan kn..

    Nuurill memang bersyukur armi's there right after the accident. Kuat sikit rasa. Kalau dia xde, xtaula cemana. huhu.

    ReplyDelete
  15. Nadia:

    It happened dekat roundabout umah i la tu you. Tell you that roundabout mmg sangat-sangat dangerous. Kereta mmg laju-laju sangat. Kadang-kading i ambik masa jugak nak cross the road tau. huhu.

    I memang pucat lesi. I takut tgk keadaan kereta dia you. Huhu. Sampai lupa nak pertahankan diri. Agak kalau i pertahankan diri that day, maybe naik balik kot suara abang tu. huhu. I wish i tegas macam you. Lepas ni i kene tegas lagi kot. :)

    Armi memang keje nyer mengusik you. Seb baikla dia x marah i tau. Kalau dia marah confirm i pengsan betul. Hihi.

    Babab tu pukul you. Eh, kalau Adam nak tido yer? hehehehehe.
    ;)

    p/s:

    ReplyDelete
  16. oh my goodness! u were in an accident? mcm mana i bole taktau? sungguh tak update i neh!

    glad that everything's fine though. syukur alhamdulillah. betol mcm u ckp. that man should have been on the extreme left of the road kalau dia nak ke kiri. but it's okay babe. benda dah nak jadik kan. whats most important thing is, semua selamat. duit bole dicari, ye dak? haihs. and goodness, armi is so supportive! i wonder how it would be like for me, if i were in an accident. uish, takmau mintak, takmau imagine! brr. but the last time i accident, masa tu dkt Penang. aien was in KL. so masa tu, mmg handle sorang2. yang mangsa keadaan masa tu, budak takde lesen bwk motor. so sah2 dia tanak pi polis. dah la buat salah, ada hati nak mintak ganti! mmg tak i bayar lah. pasal sah2 salah dia. hehehe.

    anyways, ok lah. take care babe! and jgn serik drive ok! things happen!

    ReplyDelete
  17. Wah..hebat juga saya buat magic...emh..belom baca dah senyum..hihihi!

    Eee..saya takut Puan boring aje. Ye lar..komen kat blog orang siap bernumbering..pehtu panjang2 pulak tu. Macam blog sendiri...kehkehkeh.

    Anyway..I'm happy U ok.

    ReplyDelete
  18. nuril pandai tulis karanganlah... macam bace buku ahadiat akashah le plak... heheh...

    nway, sbb nuril dh buat analysis bergambar.. makan juri nk bg komen.. tatau la betul ke tak hahaha.. rasenye abg tu yg slh kot... sbbnye 1. dia nk ke kiri, mane leh duk kt tgh gitu kan? tu yg paling obvious.. no 2. kite blom nk kua, mmg la kite tak bg signal kan? maka saya kire2 nuril betul la di situ... patut abg tu yg kene babab pastu byr nabira nuril... hmmmm...

    nway glad u ok dear... ;) kish kish.. alang2 dh pening loya tu, terus je ah nuril... ;P

    ReplyDelete
  19. tergerak pulak nk mengoment blog pn nuril ni..mujur puan nuril selamat tp puan nabira tk dpt diselamatkan..bayo 2 kete la nk repair kan..anyway, ikut law roundbout,kalo nk exit kul 12 dlm gambo tu, en.iswara kluar dari exit kul 9 nk exit 12 br la rapat kiri..so kalo exit dr kul 6 or 3, mmg amik lane kanan, bg signl kiri nk exit kul 12..en iswara tu dr mane sebenarnye?..drive carefully..ingat yg tersayang..kid n roman..:)...KK

    ReplyDelete
  20. wawa:
    silalah komen panjang2 ye. i mmg suka.:) sebab ur comment byk unsur2 lucu diselitkan. harusla i x kering gusi.
    p/s: patutla cik ananna kita boleh tahan gak loyar yer. muahahaha.

    Zura:
    wah ahadiat tu. takut dewan bahasa xluluskan aje. byk ngat ayat merapu. :)

    kat roundabout susah nak cakap sikitla kan Zura, siapa betul siapa salah. nuurill cari gak if ada panduan pasal roundabout online, xjumpa pulak. nanti nak interview police trafficlah. :)

    muahahaha.teruskan je ek? encik armi, sila sila. hahaha.

    ReplyDelete
  21. Encik KK:
    Puan Jannah sihat? hihi.
    Oh, kiranya kalau macam tu, pakcik tu x salah la sebab dia dengan nuurill dari pukul 6. nuurill pulak xbagi signal kanan. benda nak jadi, kan. Mmg nuurill observed, if cars from 3 or 6 o'clock, banyak yg duduk lane kanan sekali tapi ingatkan org shah alam mmg mcm tu. :p kene beli buku undang2 balikla mcm ni ha. hihi.

    terima kasih atas this good info. awak pun hati2 memandu juga. besar betul 'kereta' awak. seb baik x kene lalu roundabout. :p

    kem salam kat Puan Jannah yer.

    :)

    ReplyDelete
  22. I'm sorry i accidently deleted a comment from RedApple. Here it is:

    you...
    dkt brunei kan..mmg dah buat peraturan... and siap tulis lagik kat bulatan...kalau nak pi pukul 12, kena duduk paling kiri, nak pi pukul 3 duduk tengah and nak pi pukul 6 or 9 duduk paling kanan. so...mmmg tak der la berlaku accident seperti itu. kalau berlaku pun...mmg ada yang melanggar peraturan roundabout la...
    tu la, masa i balik Msia, mmg takut sgt nak drive kat roundbout. tetiba jer orang pancung depan keta. hehehe....anyway.....Alhamdulillah you selamat ;)

    ReplyDelete
  23. RedApple:

    wau! That is better. Everyone knows the rule because dah sah sah dia letak dekat roundabout tu. Hmmm.. but i'm not sure if kat sini, even ada that rules pasang dekat roundabout, people will follow it. Kelajuan kenderaan diorang mcm x sempat je nak baca semua tu. Hihi.

    TQ RedApple. Maybe i boleh usulkan this somewhere.

    Kat Malaysia esp Shah Alam which has so many roundabouts mmg kene careful. :)

    ReplyDelete
  24. sian kt nuuriil. tp sib baik xde ape2.
    wani pun pnh accident lbh kurang cm nuuriil ni.
    ms tu kt t.light.wani kt lane tgh dh bg signal nk ke kanan. ada sorg pakcik ni dia lane plg kanan (sepatutnya dia wajib belok kanan) tp dia pegi straight. trus ler berlaku perlanggaran tp pakcik tu angkat tgn kt wani n trus blah. huhuuu... dia lari xmo byr la tu... mmg klu accident kita jd panik.

    ReplyDelete
  25. Thanks Nuurill, sebab ingat I dalam setiap doamu.

    *peluk cium muah muah*

    ReplyDelete
  26. hai nuurill...takziah jugak la pasal accident tu ek.jannah baru dapat bace blog nuurill arini.

    mr.KK kesayangan jannah siap sms dari amsterdam mintak password blog sebab nak komen entri nuurill kali ni hihiihih

    siyes! jannah memang tak berani nak bawak kete kat shah alam pusat roundabout terbanyak kat msia :D

    moga lepas ni nuurill lebih behati hati ek.

    ReplyDelete
  27. Wani:
    Panik, takut + gemuruh..semualah Nuurill hari tu. Bila dricing ni, mmg kene hati-hati sangat kan wani. Sebab kalau bukan kita yang salah, orang lain yang salah kita pun mungkin dapay bahaya jugak. Tgk berita pasal 12 orang yang mati accident bas express baru-baru ni tu, raya takut sangat. Huhu...

    The Gorgeous @ Su yang comel:
    Susahla nak peluk cium you sekarang tau!! u dah x ym. Kene peluk cium ikut outlook xpun guna burung merpati. Bila nak lepak kat sini lagi? leh gelak2 sambil makan kepek. hahaha

    ReplyDelete
  28. Jannah:

    Baguih sungguh Encik hubby Jannah tu tau. Comment Encik KK telah meneutralizekan perasaan Nuurill dari mcm x berapa puas hati kepada OK dah skrg. Yeap. It's a lesson Learnt and Nuurill mmg akan lebih berhati-hati. Uik.. Encik Tomi masa tu kat AMsterdam ke? Jannah xikut? Best giler ah amsterdam.. :)

    ReplyDelete
  29. Hi Nurilll..nice to meet u on Diana Lisa's kenduri that day. Oman hencem...btw, my opinion org tu yg salah. Tapi takpelah, syukur Nurill & org tu ok.

    ReplyDelete
  30. bahaya betul kan..apapun,syukur sgt takde pape.jgn lupa drive dengan lebih berhati2 okey.jgn lupa bagi signal di mana juga (takpe skema pun skema lah janji selamat).hihi

    ReplyDelete
  31. Hi K. Leen,
    Tulah. Apa-apa pun, alhamdulillah semua selamat kan.
    hihi. Oman dengan anak bujang K.Leen lebih kurang sama jer. Eh, dah habis pantang ke ni kak?

    ReplyDelete
  32. Ninie: Betul! Biar skema xpe. :) sekarang akak nak kuar pagar rumah pun bagi signal. :)

    ReplyDelete
  33. Dah...hari ni Amna dah 55 days. Oman definately taller than Amir, tapi dua2 pun pelat. hehehe...cute

    ReplyDelete

REMEMBER ME...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog Template by BloggerCandy.com