04.10.2010...
Di pagi yang hening itu, alarm henponku menjerit-jeriti tepat pukul 6.00 pagi. Lantas aku memaksa diriku bangun walaupun rasa macam nak je tarik selimut semula. Azamku, nak sampai awal ke tempat kerja hari ni. Nak dapat kan parking free. Hari-hari bayar rm7.00 cepat kopak purse saya tau. Maka targetnya 6.45 pagi aku seharusnya sudah mula bergerak rumah. Nak isi minyak lagi. Haishhh..
Sambil mengeliat ke kiri dan ke kanan, aku sempat menjenguk lelaki kecilku yang sedang enak dibuat mimpi di dalam cotnya. Lelaki besar seakan tersedar tatkala aku turun dari katil, mungkin sebab tahap gegaran katil yang agak kuat.
Aku dengan terpisat-pisat ke bilik sebelah. Sambil berdendang lagu Beyonce, "To the left, to the left" eh, ternyanyi sikit pulak, aku memulakan aktiviti mengiron baju kerja suamiku. Stock baju yang siap digosok pada hujung minggu sudah kehabisan. Kesian.
Selesai menggosok, aku terus bersiram. Suka betul aku mandi menggunakan sabun Lifebuoy kaler biru tu. Wangi dan segar.
Sebelum aku menunaikan solat Subuh, aku mengejut suamiku dengan memanggil namanya. "5 minit", jawabnya ringkas. Itu adalah jawapan standard yang memberi makna selepas aku selesai bersolat silalah kejutkan dia kembali.
Selepas memanjatkan doa ke HAdrat Ilahi, aku pun kembali mengejutkan suamiku dengan menyentuh lembut tangannya. Tak boleh jadi dengan melihat tahap keliatan yang ditunjukkan itu, aku pun menggoncang badannya sambil membuat ayat sedih; "Kidd, bangunla. Nanti lambat. Bi nak cepat hari ni" Eh macam x sedih langsung bunyinya.
Setiap pagi, kebiasaannya suami ku yang akan menghantar Oman ke rumah pengasuh. Aku lebih senang hati jika kami keluar dari rumah pada waktu yang sama so that aku dapat memastikan yang mereka berdua cukup lengkap segala keperluan. Jangan ada yang tertinggal apa-apa. Jadi, jika mereka berdua lambat bangun, aku pun akan jadi lambat. X syoklah kan.
Jam menunjukkan pukul 6.30 pagi. Suami ku telahpun berada di dalam washroom. Aku pula mula menyediakan keperluan Oman di rumah pengasuh untuk hari itu. Baju harian 2 pasang, baju tidur sepasang, tuala, toiletries, medical kit, 2 botol susu dan 1 bekas air gambar zirafah. Cukup!
Tot Tet Tot Tet, jam sudah menunjukkan pukul 6.55 pagi. Alamak, lambat lagi. Dek kerana nak jugak mendapatkan parking free pada hari itu, aku meminta izin suami untuk bergerak dahulu ke tempat kerja. Suami kata "ok. Dun worry Bi. Kidd boleh handle Oman". Dekat sepuluh kali suami mendengar rintihan hatiku untuk sampai awal ke office, heran jugak dia dengan tahap semangat membara aku yang macam budak PLKN itu.
Setelah selesai sessi salam tangan, cium tangan & pipi, bagi salam dan cakap ailebiu kami anak beranak, aku pun memulakan perjalanan ke Petronas terdekat dengan rumahku. Minyak dah fuel warning kot. Kalau tak nak kena maki hamun dengan pemandu lain dek keta habis minyak mati dekat tengah federal highway, baik isi.
Setelah minyak 97 ku isi rm50, aku pun memandu ke arah bulatan berhampiran untuk membuat pusingan U. Sambil itu, aku mendengar stesen Radio kegemaranku, Fly FM.
Tiba-tiba di tengah-tengah bulatan itu...
(bunyi Jeng Jeng Jeng macam dalam cerita P.Ramlee)Aku terdengar bunyi Hon yang kuat. Saat ku menoleh ke kanan, aku dapat melihat jelas Puan Nabira ku bergesel dengan Encik Iswara di sebelah kananku. Kedengaran bunyi brek yang kuat. Kami menjadi kembar siam buat berapa meter jaraknya. Dan pabila kereta ku terlepas dari keretanya, aku hampir pengsan melihat pintu co-pilot kereta itu kemek teruk. Masih mampu mengawal keretaku dari terbabas atau terbalik, lalu aku memberhentikan keretaku di bahu jalan. Dan aku bingung sebingung bingungnya......
Apa yang bermain di fikiranku tatkala itu;
1. Call Kidd sekarang
2. Aku tidak berdarah atau cedera di mana-mana. Alhamdulillah aku masih hidup.
3. Encik Iswara itu kemek teruk, bagaimana pemandunya. Aku takut!!
3. Kalau Encik Iswara itu dah kemek sebegitu, Nabira pun mesti sama. Ok now i'm really dead!!
Dalam kebingungan dan menggeletar yang melampau itu, aku masih mampu menoleh ke arah Encik Iswara yang juga berhenti di bahu jalan. Namun aku seakan-akan lemah x mampu nak turun dari kereta melihat keadaan pemandunya. Sejurus selepas itu, ku lihat seorang lelaki agak dalam lingkungan pertengahan 40-an keluar dari kereta itu menuju ke arah ku. Dia tidak apa-apa. Alhamdulillah!
"Cik ni nak pegi mana sebenarnya? Saya dah bagi signal kiri tadi nak terus. Cik kalau nak ke kanan kenela bagi signal kanan sebab Cik duduk lane tengah" suara yang agak keras pada mulanya kembali reda setelah melihat aku yang macam mayat. Aku menggeletar! Aku tanpa berpikiran panjang terus memohon maaf seolah-olah aku memang bersalah 100%. Aku punya tahap trauma dah kira tahap PHD lah masa tu. Badan sejuk habis. Dan aku memang x boleh nak ingat apa sebenarnya yang terjadi... sigh..
Tiba-tiba muncul kereta suamiku di simpang bulatan. Suami dan anakku baru keluar dari kawasan perumahan kami. Aku masih ingat muka terperanjat suamiku melihat kejadian itu. Suami lantas memberhentikan kenderaan di seberang jalan, dengan mendukung Oman, dia mendapatku. Aku masih diam dan pucat lesi. Aku yakin, suami memang tahu bahawa aku dalam kebingungan, maka sessi berdikusi, cari jalan penyelesaian semua di take over olehnya. Yang aku ralat, aku x mampu menceritakan kejadian sebenar kerana aku masih bingung dengan bagaimana ianya boleh terjadi.
Tiada saksi lain sewaktu kejadian. Yang pasti, dari keadaan kereta , memang jelas aku yang melanggar lelaki itu. Nasib puan Nabira agak baik. Hanya sedikit lekuk di bahagian tepi pintu driver. Kuat jugak Puan Nabira. Kami berjanji untuk berjumpa kembali dengan lelaki itu setelah masing-masing selesai menguruskan urusan cuti kecemasan.
Disebabkan dua kereta, aku terpaksa jugak drive Puan Nabira balik ke rumah. Encik Armi memantau perjalananku. Sumpah, aku rasa seperti dah xnak memandu lagi selepas itu. Dalam perjalanan yang singkat itu, aku sempat pulak menelefon beberapa kawan baikku di ofis untuk memaklumkan yang aku terlibat dalam kemalangan dan perlu EL. Then, aku mula menangis. Tak pernah aku bingung macam tu sekali. Adakah aku terhantuk?
Sampai di rumah, aku ingat Encik suami akan memarahi ku. Aku redha. Tapi aku sangat terharu bila suami mendakapku memberi semangat. Suami cuba menenangkan aku. Bila ditanya kenapa menangis, aku lagi menangis. Sebak seh. Sepanjang aku memandu sendirian, inilah kali kedua aku terlibat dalam kemalangan. Kali pertama sewaktu darjah 3. Aku memandu basikal. Tapi itu, aku dilanggar. Ini aku yang melanggar. Sob Sob. Oman memandangku dengan tersengih. EH budak ni, xper dia kecik lagi, xtau apa-apa.
Selepas menghantar Oman ke rumah pengasuh, suami meminta aku menemaninya ke office untuk mengambil beberapa dokumen. Suami kata dia akan menemaniku sepanjang hari. Owh terharu lagi. Dalam perjalanan, kami telah membuat beberapa panggilan penting terhadap mereka yang arif dalam bidang kemalangan dan legal, untuk mendapat nasihat tentang cara terbaik menyelesaikan peristiwa itu. Perlukah report polis, atau selesai cara baik?
Melalui peneranganku yang tidak berapa terang, dan memang nampak jelas aku yang pelanggar, maka kami dinasihati untuk menyelesaikan cara itu tanpa membuat report. Satu pintu Iswara kalau rosak, harganya paling maksimum is rm4oo, maka menggaru kepalalah kami.
Kami berjumpa kembali dengan lelaki itu yang kami panggil abang di kawasan membaiki kereta di Taman Raja Muda Shah Alam. Abang tu kata, dekat situ memang terkenal dengan bengkel membaiki kenderaan yang terlibat dengan kemalangan dan harganya berpatutan. Tapi yang membuatkan aku rasa nak kembali pengsan ialah kerana bukan 1 pintu yang kemek tapi 2. Pintu di bahagian penumpang belakang co-pilot jugak remuk. Mak datuk double weh nak kene bayar.
Dipendekkan cerita, aku bersyukur segala urusan kami dipermudahkan. Total keseluruhan yang aku loss is rm500 tidaklah double seperti yang aku bayangkan. Walaupun sebenarnya rm500 tu memang nangis ah nak keluarkan kan, aku bersyukur sangat sebab segalanya dah selesai. Abang tu pun orangnya cool. Baik & percaya dengan kami. Yerla dapat rm500 mmgla baik. Eh xbaik cakap macam tu tau, Nuurill. Dalam hatiku sedih sebab dia terpaksa pinjam kereta lain sebarang dua hari sementara tunggu keretanya dibaiki.
Setelah itu. Kami pulang ke rumah dan Encik suami memaksa aku tidur untuk berehatkan minda yang bingung. Dua hari pening-pening loya tapi bukan mengandung yer.
Selepas sehari, aku mula boleh berfikir dengan lebih waras.. ku fikir-fikir apa sebenarnya yang berlaku sewaktu kejadian.. Meh ku lukis;
Inilah kedudukan kami sebelum kejadian.He was at the most right lane and I was at the middle lane. His position was really a BLIND SPOT to me. I absolutely couldn't notice his car was just next to me but bit behind.
So he wanted to go straight (12 o'clock) while i was doing U-Turn at middle lane. I nak pegi pukul 6. Dia cakap dia dah bagi signal kiri but again, i x nampak sebab terlalu dekat. Huhu. He said i didn't give any signal to go right. He was true i didn't sebab i x tau kene bagi signal if we nak stay in the roundabout. Akibatnya;
My car terus bang dia kat bahagian co-pilot and belakang co-pilot. Sedihnyer!!...
Cumakan...
I rasa abang tu pun salah jugakla... sebab, if he wanted to go straight or 12 o'clock, why he at first stayed at the most right lane? Dudukla kat kiri sekali ke kan. Hmmmmmm.... disebabkan kebingungan i hari tu, i x voice out kan pun pendapat i tu.
Anyway xperla, yang penting everything has been settled and i really learn something. I have to be extra careful especially dekat roundabout. Tambahan dekat Shah Alam ni memang banyak roundabout and people in Shah Alam ni tak pandai pandu perlahan tau! So, Giving signal is very very important to alert the other drivers.
I'm so grateful that ianya x melibatkan kecederaan samada to me or him and one more thing yang buat i rasa bertambah bersyukur is that Oman was not with me at that time. Jangan bayangkan!! Huhu.
To everyone who has called, met, sms and message me at fb about the accident. Ramai yang concern dan bagi kata-kata semangat. , TQ so much to all. Appreciate sangat. *Peluk* (tiru Su)
TO Encik suami, ailebiu!!. :)
Yerlah, nanti bi gi mandi air bunga kaktus untuk pulihkan semangat yer.
Encik suami xbaik tau usik saya macam ni, "Tula, nak sangat gi keje awal sangat, langsung x pegi". Amboi, biase dia!!. Babab kang! (Tiru Su lagi :))
To the parents, thank you so much for the help and everything. Sob Sob. Sayang semua!
To Oman anak momma, semoga hayat momma panjang so that momma boleh tengok Oman membesar dengan baik, dapat jadi your best buddy ever. Huhu.
Akhir kata, Berhati-hati memandu yer semua. Ingatlah orang yang tersayang.
Semoga kita semua sentiasa di bawah lindungaNya. Amin!