Friday, October 2, 2009

HILANG




Hati ini tengah sayu.
Sayu sangat. Airmata bergenang.
Momma mengikuti berita tentang Gempa Bumi Yang melanda Sumatera Barat sejak 2 hari lepas. Setiap kali momma baca tentang mangsa tertimbus yang dijumpai mati, momma rasa sebak sangat. Malam tadi, momma tengok Berita kat TV3, momma tengok visual penyelamat membawa keluar mangsa dari runtuhan bangunan, hati mama turut runtuh.

Ratapan Minang
***************


PADANG: Titisan air mata darah sekalipun tidak cukup untuk menggambarkan kesedihan Suleiman Wijoyo, 46, yang kehilangan dua anak serentak apabila bangunan kelas tuisyen mereka menyembah bumi dalam kejadian gempa bumi di kota ini, petang kelmarin.


Berita sedih itu sekali gus mengembalikan nostalgia menyayatkan hati lelaki terbabit yang turut kehilangan isteri tersayang akibat tragedi sama, kira-kira dua tahun lalu.


Jenazah kedua-dua anaknya, Cahaya Putri, 10, dan Budi, 8, ditemui bersama mayat 16 pelajar lain yang tertimbus di bawah bangunan kelas tuisyen yang runtuh akibat gegaran gempa sekuat 7.9 skala Richter, pada jam 5.16 petang kelmarin (waktu Indonesia).


Suleiman yang ditemui di perkampungan Jalan Amdul Muis di sini, malam tadi, berkata dalam kejadian gempa bumi mendadak petang kelmarin, kedua-dua anaknya yang sedang menghadiri kelas tambahan di kos Gama 1 di sini, tenggelam dalam runtuhan bangunan dua tingkat itu.


Dalam kejadian 7 Mac 2007, Suleiman yang juga seorang peniaga bakso kaki lima kematian isterinya, Hernawati Amed, 37, selepas rumah mereka menyembah bumi dan menghempap wanita berkenaan yang ketika itu sedang memasak di dapur.


Menurutnya, dia yang ketika itu di gerai baksonya berasa tidak sedap hati sejurus gempa bumi menggegarkan kawasan sekitar kota Padang, menyebabkan rusuk belakang gerainya runtuh.
“Gegaran kurang satu minit itu cukup kuat sehingga menyebabkan saya terhoyong-hayang sebelum terjatuh. Malah, orang ramai yang berada di sekitar saya hanya mampu menjerit sambil berlari keluar dari rumah. “Sebaik gempa bumi itu berakhir, saya yang masih dalam keadaan pening bingkas bangun dan terus berlari ke arah bangunan kelas tambahan berkenaan,” katanya.

Menurutnya, ketika itu yang terlintas di fikirannya hanyalah nasib Cahaya Putri dan Budi, yang ketika itu sedang mengikut kelas tuisyen di bangunan berkenaan bersama 39 pelajar lain.
Namun, sebaik tiba di bangunan kelas tambahan rakyat itu, dia terus longlai seolah-olah tidak percaya apabila mendapati keseluruhan bangunan dua tingkat berkenaan menyembah bumi. “Ketika itu tiada langsung kedengaran suara jeritan kanak-kanak meminta tolong. Semuanya menjadi sepi seolah-olah semua pelajar di dalamnya sudah tidak lagi bernyawa. “Saya cuba menenangkan diri dan beristighfar panjang, namun ketika itu hati saya berat mengatakan kedua-dua anak saya sudah tiada harapan lagi,” katanya sebak.

Menurut Suleiman, dia bersama beberapa penduduk dan ibu bapa pelajar lain kemudian terus berusaha mengangkat batu runtuhan terbabit, namun usaha mereka sia-sia kerana hanya menggunakan kudrat tulang empat kerat saja.


“Saya hanya mampu menangis sambil meratap dan menadah tangan ke langit memohon bantuan llahi. “Dan sehingga kini (malam tadi), ramai lagi pelajar masih gagal dikeluarkan dari runtuhan konkrit itu,” katanya. Menurutnya, usaha mencari dan menyelamat semua kanak-kanak malang itu terbatas berikutan hanya satu jengkaut digunakan dengan bantuan satu generator kecil.

Momma baru baca berita ni. Ya Allah, momma xtau macamana kalau momma yang berada di tempat Suleiman. Harta-harta yang paling berharga dalam hidup Suleiman pergi dalam keadaan menyayat hati. Serius momma nangis lagi. Tuhan aja yang tahu bagaimana Suleiman akan menghadapi semua itu. mereka HILANG.

Anak-anak hilang ibu bapa, suami hilang isteri, Isteri hilang suami, ibu bapa hilang anak-anak..
Saat ini terbayang wajah dadda dan Oman. Mama dan abah. Adik-adik. sanak saudara. teman-teman. Semua....

Ya Allah, panjangkanlah umur kami.. lindungilah kami. Aamin.
Semoga roh mereka yang terkorban di Kota Padang, dicucuri rahmat. Aamin. Al-Fatihah

Tuesday, September 29, 2009

TUDUNG LILIT

I guess we are still in Hari Raya Mood. Sangat!!
Like me, i come to office bringing along Celcom 3G lagi.
Punyala nak view gambar-gambar raya kat Facebook. (Kuang Kuang Kuang)
Everybody's looking totally beautiful with pakaian Raya.
Colorful. Glamor. Meriah! :)

Few days ago, an auntie came to me and asked,
"Nuurill, how you wear your 'tudung lilit'"?.
Hehehehehe... tudung lilit dipanggilnya??? bolehla :)
So, i showed her.

I still remember, my 1st time wearing a scarf, it was at early 2004. 5 years back huh :)
It's started when my boyfriend's mama (now my mil..hehe), delivered me 2 pcs of the luxurious Jim Thompson Scarf. A motherly gift from a great woman of my man.

Mt first impression when i received them, "Gulp! cemana nak pakai nih??" :p
but yeah.. practice makes perfect eit??
Day by day, i learned myself, xkesahla muka jadi bulat ke, senget sebelah ke, hehe..
me belasah je. I also started my own scarf collection. But masa tu i was not wearing scarf at all times. On the certain event je. Cause masih belum yakin dengan kekemasan pemakaian. hehe.


26 December 2004

11 September 2004

Those scarfs above among the first in my collection. They are JT's. TQ Mama :)

Until i started my 1st job in Flex. After 2 years of practicing :P It was 2006 when i loyally wearing scarf since then. Masa tu x ramai ladies yang pakai scarf, truth feeling, sometimes i felt like an alien. Sebab pegi mana-mana, surely ade mata yg akan tengok macam nak telan. Hik Hik. Agaknye dalam hati "fesyen tudung apalah dia ni pakai" :) atau pun "budak ni konon-konon nak jadi foreigner la tuh" :p.. nak tergelak, there were few tech boys at my workplace, mesti nyanyi "wassini!! wassini!!" everytime i bumped into them. hahaha.. when i went back to my hometown or met my relatives, akan ada makcik-makcik yang tegur and nak belajar how i lilit my tudung. Hehe.

Now, things have changed. Recently i went to Midvalley, wow!!! dah ramai ladies and girls wearing scarfs. Cantik cantik design. Pandang kiri, pandang kanan mesti ada. Kadang-kadang i pulak yang pandang diorang x kelip mata. Sebab ada yang sgt kreatif lilitannya. At my present workplace pun, ramai. Checked albums uploaded at fb pun, ramai dah pakai scarfs. Merrier!! :)


Vid was taken on 22 October 2008

Last year when i was 5 months pregnant, I received a huge request from 2 of my friends to youtube how i wear my tudung lilit. They wanted to learn from it. hehe. Segan bangat!! Xsanggup nak buat. But not to let them down, i recorded above for them. Hehe. Now would like to share this with scarfs' fans. One of the way to wear tudung lilit :p.. actually out there, there are many more ways.... you just be creative :)

Thursday, September 24, 2009

...2009 :)

2009
******



















I must say our 1st Syawal went totally perfect! :) Alhamdulillah.
(Oman kene flu.. sian dia.. dia baik je x meragam pun..cepat sembuh baby!!)

I love them all!!!
So much!!!
:)



Wednesday, September 16, 2009

SALAM EID ALFITRI

2006
******






2007
******





2008
******







(Oman was there in my belly :))

2009
******


Wondering, How's our 1st Syawal memory to be captured this year.
Yang pasti, ianya akan lebih meriah dengan kehadiran Encik Little Man.
Encik ini punya pics lah yang paling banyak nanti. Ahaks!! :)

(Ya Allah, panjangkan umur kami semua, agar kami sempat merasa nikmat Syawal penuh rahmat tahun ini, seperti tahun-tahun sebelumnya. Insya Allah. Aamin)

To all Muslimin & Muslimat all over the world,
SALAM EID AIFITRI, MAAF ZAHIR BATIN

From us,
Dadda Oman, Momma Oman & Oman
:)

REMEMBER ME...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog Template by BloggerCandy.com