Showing posts with label Nenek. Show all posts
Showing posts with label Nenek. Show all posts

Sunday, December 5, 2010

NENEK

Tanggal 2 December 2010, nenek telah pergi meninggalkan kami.
Berita yang kami terima amat mengejutkan. Sangat-sangat x diduga.
Lebih hiba apabila kami (me, Armi and Oman) sedang berada di Singapura pada ketika itu.

Dalam perjalanan ke Airport, x terkira airmata kami gugur. Inilah kali ke dua aku melihat suami menangis. (Kali pertama masa Oman few days old). Aku tahu, berita ini sangat sukar diterima, sebab Armi bukan orang yang mudah menangis. Itulah nenek yang menjaga suamiku dari umurnya 1 hari sehingga dewasa. Itulah nenek yang membasuh kasut sekolahNya pada hujung minggu, itulah nenek yang akan membancuhkan Milo untuknya tiap kali dia pulang ke rumah dari Universiti, itulah nenek yang akan mengurut kakinya apabila terseliuh selepas bersukan, itulah nenek yang akan masakkan makanan kegemarannya, sambal ikan bilis tanpa diminta, itulah nenek.... yang sangat sayang akan cucunya itu.

Dan diri ini, kali pertama diperkenalkan kepada nenek, kami terus begitu mesra. Nenek selalu meminta daku datang ke rumah itu untuk berbual. Nenek sangat suka bercerita hal-hal agama dan kehidupan. Kadang-kadang nenek meluahkan perasaannya kepadaku. Perasaan risau seorang nenek dan berharap agar aku dapat menjaga dan menemani cucunya itu dalam susah atau senang. Nenek juga suka aku menemaninya tidur pada hujung minggu sambil nenek bercerita tetang kenangan-kenangan lamanya. Teringat sewaktu aku masih di universiti, aku jatuh sakit dijangkiti kuman, nenek terus meminta aku di bawa ke rumah itu dengan izin abah dan mamaku. Nenek kata biarlah nenek yang jaga, sebab mereka jauh. Nenek yang masakkan bubur, nenek bawa ke bilik atas, nenek suapkan. Kata Armi, nenek sayang sangat denganku. Macam cucu-cucunya yang lain.

Tatkala kami sampai ke halaman rumah, makin hiba perasaan ini. Irma terus meluru kepadaku, kami menangis teresak-esak. Nenek sudah seperti kawan baiknya. Neneklah tempat Irma bergurau dan bermanja. Irma pasti sedih. Tambahan pada ketika ini Irma sedang mengandung dan nenek tidak sempat untuk melihat bakal cicit keduanya itu.

Kemudian, aku peluk mama. Oh! mamalah orang yang pasti paling sedih, paling meratapi pemergian ibu kesayangannya itu. Nenek telah bersama-sama mama pada waktu susah dan senang. Nenek yang menjaga anak-anak mama ketika mama dan abah mencari rezeki. Nenek yang menjadi tempat mama mengadu semua keluh kesah.

Ketika Armi memeluk mamanya, aku melihat suamiku menangis teresak-esak seperti anak kecil. Hanya tuhan yang tahu, betapa pemergian nenek sangat-sangat dirasai oleh keluarga ini.

Nenek membesarkan 4 orang anak tanpa suami. Nenek bersawah padi menyara keluarga. Selepas mama berkahwin dengan abah, nenek tinggal dengan mama sehinggalah ke akhir hayat nenek. Abah, mama, Armi, Irma dan Adik memang sangat-sangat rapat dengan nenek. Kemudian hadir diriku dan Afie dalam keluarga ini. Kasih sayang nenek memang tiada tolok bandingannya.

Pada malam itu, anak-anak dan cucu-cucu nenek bergilir-gilir membacakan Surah Yasin di sisi jasad nenek sehinggalah Subuh keesokan harinya. Tiap kali kenangan menjelma, gugurlah air mata kami. Neneklah orang yang paling banyak berdoa untuk semua anak-anak dan cucu-cucunya. Pengorbanan dan jasa nenek akan kami kenang ke akhir hayat kami.

Apabila ditanya samada aku mahu memandikan jasad nenek. Aku terus mengangguk walaupun aku tak pasti yang aku akan kuat untuk melakukannya. Seumur hidup tidak pernah lagi aku memandikan mayat. Dan pada ketika waktunya tiba, aku bersama empat orang lagi cucu perempuan nenek memangku jasad nenek untuk dimandikan. Aku memangku kaki nenek. Tubuh nenek sangat sejuk.

Tatkala kain putih jarang menutupi muka nenek dibuka, aku sempat bertanya Ustazah. "ustazah, kalau mandikan mayat boleh menangis x, saya tak tahan" Ustazah pun berkata, "boleh nak. Untungnya nenek kamu. Ramai cucu-cucu yang meriba nenek dan mandikan nenek"... maka berderailah air mata kami sepanjang kami memandikan nenek dengan panduan dari ustazah. Sayu... teramat sayu. Melihat raut wajah nenek yang tenang. Kami bersihkan tubuh badan nenek. Tatkala aku menggosok lebut jari-jari kaki nenek, terngiang-ngiang suara nenek ketika kali terakhir kami bertemu nenek "Nuurill, jaga anak baik-baik na"...

Aku pasti, ketika itu, cucu-cucu nenek yang lain, masih-masing terkenangkan kenangan mereka bersama nenek.

Kami mandikan nenek bersih-bersih. Kami pusingkan badan nenek untuk mengosok bahagian belakang dengan lembut. Anak-anak perempuan serta menantu nenek menyiramkan air ke tubuh nya. Kami semua merasa memandikan nenek. Alhamdulillah.

Kemudian anak-anak dan cucu-cucu nenek mengkafankan nenek. Apabila selesai, tibalah saat kami ingin memberi kucupan terakhir buat nenek...
Ketika ini, anak-anak nenek, menantu-menantu nenek, cucu-cucu nenek, semuanya tak tertahan untuk mengalirkan air mata.

Nenek telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Sungai Kantan, Kajang pada hari Jumaat, 3hb Disember 2010. Kami bersyukur nenek pergi dengan tenang dan segalanya persiapan untuk majlis pengkebumian nenek berjalan lancar. Alhamdulillah. Terima kasih buat semua yang menolong, melawat, serta menyedekahkan Surah Yasin serta Al-Fatihah to arwah.

Dan hari ini, aku kembali bertugas di Singapura ditemani suami dan anak yang mana kami sangat saling memerlukan pada ketika ini, membawa seribu kenangan dan doa untuk arwah nenek di sana.

Moga jasad nenek dicucuri rahmat, ditempatkan bersama-sama mereka yang beriman. Kami akan ingat segala pesanan nenek dan jadi yang lebih baik seperti yang nenek harapkan.

Oman kalau ditanya, "Oman, Nyang mana?"... Oman akan jawab "Nyang, tido"....
satu hari nanti, Oman akan faham, sayang.

Kenangan bersama arwah (2007).

Buat nenek, Puan Sabaniah Ahmad, kami sangat-sangat rindukan nenek...
Al-Fatihah.



xoxo,
-mommaholicSuri-

Sunday, March 8, 2009

PESAN NENEK

I was having 2 pieces of bread with a cup of Milo just now. Nenek was there in the kitchen since early in the morning. "Oman berjaga x malam tadi, Nuurill?", she asked softly. "Hihi, macam biasa la nek. Pukul 5 dia mesti berjaga nak sembang-sembang. Biasalah tu. Dia x nangis pun", jawabku supaya nenek x risau. Tambahku lagi, "Agaknyer dah besar nanti nek, dia rajin bangun buat solat Tahajjud kot nek", selorohku sambil tersenyum.

"Aamin. Alhamdulillah, kalau macam tu. Mudah-mudahan. Tapi yang penting nenek nak pesan, yang 5 waktu tu diutamakan. Kalau dah 5 waktu tu x tinggal, bolehlah nak buat yang sunat-sunat tu. Kat Akhirat nanti, perkara pertama ditanya, sembahyang 5 waktulah. Kalau mak ayah sembahyang x tinggal, tunjuk contoh yang baik kat anak-anak, Insya Alah, anak-anak ikut, Nuurill. Bila dah jadi ibu bapa, tanggungjawab dah besar. Anak-anaklah yang akan mendoakan ibu bapa. Dan doa yang paling dimakbulkan, ialah doa-doa orang yang bersolat. Mudah-mudahan Oman jadi anak yang baik. Nenek dah tua, kalau nenek dah xda nanti, Armi, Nuurill, Oman, anak-anak nenek, cucu2 dan cicit2 neneklah yang nenek harapkan
untuk doakan nenek".

For a few seconds, i was silence. Tunduk memandang sekeping lagi roti yang belum dijamah. Her words menusuk kalbu. Me and my hubby are parents now. Apakah kami akan jadi contoh yang terbaik buat anak-anak kami? "Insya Allah, nek. Nuurill ngan Armi akan cuba jadi yang terbaik", aku memandang nenek kembali. "Xpa. nenek tau hangpa buleh. Yang penting, sentiasa beringat, x kira berharta macamana pun, susah macamana pun, di mana pun kita, jangan sekali-kali jadikan alasan untuk kita lupa pada yang Esa".

"Pagi tadi nenek tengok ceramah kat TV9. Ustaz Harun Din kata, untuk kebahagiaan rumah tangga, elok baca Selawat Shifa. Insya Allah. Nuuril tau Selawat Shifa'?" Alamak... i remember dulu masa sekolah, kene hafal ni. Tapi dah x amalkan sekarang :(.. "Nek, Nuurill dah lupa sebenanya. Tapi xpa, nanti Nuurill check balik". She smiled, "Kat internet ada kot Nuurill, kalau x, Nuurill boleh tgk dalam kitab. Bagus ayat tu Nuurill, kalau sakit-sakit, kita ka, anak kita ka, baca selawat tu, minum ayaq dia". She was right, internet, everything is there. Terpulang kat kita je nak cari apa.

I ate my 2nd piece of bread with hati yg berkata-kata; Ya Tuhan, alangkah mudah lupanya diri ini. Malu jek. Rasa rendah diri sangat. Huhu. Semoga Tuhan mengampuni dan memelihara kami.

So, i went upstairs, kebetulan Oman pun tidur, switched ON laptop and googled "Selawat Shifa", and found this on imeem.com ;

Terjemahan: Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami, nabi Muhammad S.A.W. yang dengan berkat baginda, engkau menyembuhkan hati-hati, menjadi penawar dan menyihatkan tubuh badan juga memberi kesembuhan penyakit serta mengurniakan cahaya penglihatan dan kurniakanlah juga rahmat keberkatan dan kesejahteraan keatas keluarga dan sahabat baginda.

Terima kasih nenek.

REMEMBER ME...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog Template by BloggerCandy.com